10 cara untuk kurangkan masalah gastrik

Share

Apakah penyakit gastrik ?

ubat gastrik

Gastrik terjadi akibat dinding permukaan di dalam perut seseorang individu itu telah terhakis oleh asid gastric iaitu asid yang dikeluarkan oleh perut untuk mencernakan makanan. Hakisan pada permukaan dinding perut ini bukan berlaku dalam masa sehari malahan mungkin mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun sebelum seseorang itu mengalami symptom/tanda-tanda sakit perut di bahagian ulu hati. Antara tanda-tanda penyakit gastric/gastritis:

  • Sakit ulu hati
  • Rasa mual
  • Rasa perut kembung
  • Kemungkinan pesakit juga akan muntah

ubat gastrik berkesan

 

Cara untuk kurangkan masalah gastrik

1. Elakkan makanan pedas dan berempah dan juga makanan yang selalu buatkan rasa sakit perut seperti makanan berminyak dan juga berlemak.

2. Makan lebih kerap pada siang hari tapi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit untuk elakkan perut rasa lapar dan pedih. Selalu sediakan biskut disisi.

3. Belajar untuk mengawal tekanan dalam kehidupan dengan mengamalkan senaman, yoga ataupun dapatkan kaunseling.

4. Ambil vitamin B12, vitamin E dan vitamin C untuk menggantikan kehilangan vitamin-vitamin berkenaan semasa kesakitan akibat serangan gastrik.

5. Boleh amalkan makan halia atau minuman halia untuk buang angin.

6. Amalkan minum air kelapa, licorice tea, buah-buahan segar seperti nenas dan betik yang bersifat alkali untuk meneutralkan asid perut.

7. Minum air sekurang-kurangnya 3L air sehari untuk kurangkan simptom.

8. Elakkan minuman alkohol, minuman kafein dan minuman bikarbonat.

9. Elakkan makan makanan yang mempunyai bahan pengawet seperti makanan diperap, dijeruk dan makanan masam.

10. Amalkan mengambil sarapan dan elakkan makanan berasid di waktu pagi. Elakkan makan lewat supaya asid perut tidak terkumpul.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *