Tidak semua buasir sama
February 26, 2008 | 2 Comments
HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus ( dubur ) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.
Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
Kesihatan optimum pesakit diabetes
February 22, 2008 | 1 Comment
TAHUKAH anda bahawa hampir 1.2 juta rakyat Malaysia menghidap diabetes dan malah separuh daripada mereka tidak menyedarinya?
Dan 30 peratus daripada jumlah penduduk mempunyai berat badan yang berlebihan dan ini membuatkan mereka berisiko mendapat penyakit itu?
Oleh itu wajarlah anda mengambil tahu dan melakukan sesuatu mengenainya!
Diabetes adalah keadaan kesihatan kronik di mana tubuh tidak mampu menghasilkan insulin dan penguraian gula (glukosa) yang betul di dalam darah.
>> Baca artikel penuh - KLIK DISINI
>>TESTIMONI TERKINI PENGGUNA

Belajar membaca label, hidup lebih sihat
February 18, 2008 | Leave a Comment
Apakah manfaat membaca label?
* Khasiat dan kesihatan makanan
Label adalah saluran bagi pengeluar untuk memberitahu anda tentang manfaat kesihatan, serta jumlah dan jenis nutrien yang terkandung dalam makanan.
>> Baca artikel penuh - KLIK DISINI.
>>TESTIMONI TERKINI PENGGUNA
Pengurusan kesakitan jamin kelegaan lebih lama
February 14, 2008 | Leave a Comment
KESAKITAN sering kali menjejaskan keselesaan seseorang sama ada ketika bekerja atau ketika menjalani kehidupan seharian, kata Profesor Perubatan dan Toksikologi Klinikal, Universiti Newcastle, Prof Alison Jones.
Beliau berkata, ada dua kategori utama manusia yang memerlukan kelegaan daripada kesakitan, iaitu pertama adalah mereka yang memerlukan pil melegakan kesakitan sekali sekala iaitu apabila sakit kepala, sakit gigi atau apabila diserang demam.
Katanya, kumpulan kedua pula membabitkan mereka yang memerlukan kelegaan sakit secara lebih kerap (setiap hari misalnya) untuk tempoh beberapa bulan atau tahun.
“Selalunya golongan pengguna jangka panjang ini memerlukan kelegaan berterusan kerana menghidap masalah kronik seperti osteoartritis atau sakit otot dan sendi akibat penuaan,” katanya.
>> Baca Artikel Penuh : Klik disini
4 langkah untuk cegah buasir
February 10, 2008 | 2 Comments
Ingin mengelakkan diri dari penyakit buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada masalah buasir.
Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari penyakit buasir:
1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
>> rawatan buasir, klik sini
Risiko mendapat Buasir
February 8, 2008 | 2 Comments
Faktor-faktor di bawah boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir :
- Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit buasir
- Wanita Mengandung
- Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada penyakit buasir
- Meneran semasa membuang air besar
>> Maklumat lanjut buasir, klik sini
Cara mencapai kesihatan optimum bagi pesakit jantung
February 6, 2008 | Leave a Comment
Jika anda mengalami mana-mana daripada simptom ini–rasa sakit, sesak dada atau tekanan dalam dada, nafas singkat, sakit di rahang, leher, lengan, bahu atau belakang, rasa mual, berpeluh sejuk atau rasa pening dan pitam–ini adalah tanda-tanda amaran serangan jantung akan tiba.
Serangan jantung berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke otot jantung tersumbat, membawa kepada kematian sel otot jantung . Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di kalangan lelaki dan wanita Malaysia.Wabak penyakit kardiovaskular global meragut 17 juta nyawa atau kira-kira satu pertiga daripada kematian di serata dunia pada setiap tahun.
>> Baca Artikel Penuh : Klik Sini
Mengawal kolesterol secara semula jadi
February 2, 2008 | Leave a Comment
Anda pernah periksa kadar kolestrol dalam badan anda ? Kadar yang tinggi boleh membawa kepada penyakit berbahaya iaitu penyakit jantung. Tapi kepada yang telah periksa dan mendapati kadar kolestrol adalah tinggi, jangan panik !. Banyak cara untuk merawat dan mengawal kadar kolestrol anda. Di sini saya ingin berkongsi satu artikel cara untuk kawal kolestrol secara semula jadi. Baca jange dok bace:
PENYAKIT jantung merupakan salah satu penyebab kematian utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.
Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras lemak dalam darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.
Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah. Ia diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, sintesis vitamin D dan penghadaman lemak dalam badan.




