Testimoni Rambut Gugur
May 31, 2008 | Leave a Comment
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sejak mengunakan minyak kelapa dara. semua ahli keluarga saya mengamalkannya.
Saya mengalami masaalah rambut gugur . Setiap kali saya membasuh rambut, pastinya terlalu banyak rambut yang gugur hinggakan nampak kulit kepala.Biasanya kaum lelaki akan alami masaalah botak kepala dibahagian tengah kepala begitu juga dengan saya. Tapi sejak saya gunakan minyak kelapa dara minum 1 sudu pagi ,1 sudu malam dan disapu dibahagian kawasan yang tiada rambut ,seeloknya buat macam pakai minyak rambut sapu keseluruh bahagian rambut.
Dua minggu kemudian saya amat terperanjat bila isteri saya memberitahu kawasan yang botak itu telah ditumbuhi anak rambut dan kini bahagian tengah kepala saya telah penuh ditumbuhi rambut.
Pada mereka2 yang mengalami masaalah botak ditengah kepala why not mencuba minyak kepala dara ini.
Abd. Rahman
Matahari Height
Senawang N. Sembilan
>> Maklumat lanjut keguguran rambut, klik sini
Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 2
May 27, 2008 | 3 Comments
Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini, jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali normal.
“Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi tiroid,” katanya.
Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui, ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.
“Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet, minum arak dan merokok.
“Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah iaitu umur - semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina,” katanya.
Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan ubat.
Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga untuk mengawal tekanan darah tinggi.
“Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi perlu mengambil dua biji pil atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.
“Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai Exforge® keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan,” katanya.
Info
Panduan sasaran tekanan darah
Resdung - Dapatkan rawatan segera
May 23, 2008 | 3 Comments
===>Rawatan resdung ‘Mai Secawan’ , klik sini
ADAKAH hidung anda sering gatal-gatal, kerap bersin, berhingus dan berkahak terutama pada waktu pagi serta mata sering berair? Jika ya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan rapi kerana anda mungkin menghadapi masalah resdung atau sinusitis. Walaupun ia boleh dirawat, pengesanan penyakit pada peringkat awal akan memudahkan lagi proses pengubatan.
Lagipun, resdung pada peringkat parah bukan sahaja memerlukan pembedahan, malah ia mungkin membawa kepada penyakit lain yang lebih serius seperti barah.
Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Dr. Isa Rejab berkata, masalah resdung berpunca daripada alahan terhadap habuk, kutu dan pijat atau makanan tertentu.
===>Rawatan resdung ‘Mai Secawan’ , klik sini
Testimoni Kencing Manis
May 19, 2008 | Leave a Comment
Ibu saya pengidap kencing manis sejak umurnya awal 40-an lagi (sekarang 57 tahun) dan menjadi lebih serius sehingga terpaksa mengambil suntikan insulin setiap hari. Kakinya juga sudah tidak berasa, pandangan matanya kabur dan sering sesak dada, cepat penat dan pucat.
Setelah mencuba BioVCO selama 2 minggu…beliau boleh menonton tv dan membaca surat khabar dengan jelas, mukanya lebih ceria dan boleh melakukan kerja-kerja rumah dengan bertenaga. Dulu bacaan untuk kandungan gula dalam darahnya melampaui 12 TETAPI sekarang adalah 5.6
Pn. Zainidar
Klang Selangor
RESDUNG - Risiko jangkitan otak
May 15, 2008 | 2 Comments
===>Rawatan resdung ‘Mai Secawan’ , klik sini
ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis ( resdung ) .
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
===>Rawatan resdung ‘Mai Secawan’ , klik sini
Herba Buasir - Ficus
May 11, 2008 | 3 Comments
Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Masalah sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya masalah buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
Darah tinggi pembunuh senyap
May 7, 2008 | 1 Comment
—> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan’ ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan’ yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat’ untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.
Apa itu Diabetes ( Kencing Manis )
May 3, 2008 | Leave a Comment
Secara amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. Biasanya, paras gula dalam darah dikawal oleh pankreas yang menghasilkan hormon insulin.
Dalam penyakit diabetes ( kencing manis ) disebabkan kekurangan insulin ia menyukarkan proses untuk mengeluarkan gula dalam darah dan turut menjejaskan sel dalaman untuk membekalkan tenaga.
Namun begitu, terdapat dua jenis diabetes ( kencing manis ) iaitu diabetes jenis I dan jenis II. Diabetes jenis I (Insulin Dependent Diabetes Mellitus) berpunca daripada kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas atau tiada penghasilan langsung.
Biasanya, penghidap diabetes jenis I mula mendapat simptom penyakit ketika zaman remaja atau sebelum mencecah usia 40-an. Dek kerana kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dan rawatan bagi mengawal tahap glukosa darah.
Diabetes jenis II berlaku apabila badan tidak menghasilkan insulin atau tidak menggunakan hormon insulin dengan baik. Kerap berlaku di kalangan individu yang berumur 40 tahun ke atas.
Selain pengambilan ubat-ubatan dan suntikan insulin, Pengarah Eksekutif NADI, Prof. Datuk Mustaffa Embong menyarankan supaya pesakit kencing manis mengamalkan pemakanan yang seimbang, kurangkan berat badan dan bersenam.
Minyak Kelapa Dara BioVCO boleh mengurangkan paras gula dalam darah. Ia boleh membantu dengan menyingkirkan gula berlebihan. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar metabolisma badan. Peningkatan kadar metabolisma samalah dengan aktiviti senaman yang dilakukan.
Pengambilan 2 sudu besar sehari sudah mencukupi untuk menunjukkan kesannya. Tetapi pengguna hendaklah mengamalkannya secara konsisten. Walau bagaimanapun kesan Minyak Kelapa Dara BioVCO juga bergantung kepada tahap kesihatan seseorang. Ada individu yang menunjukkan kesan cepat, ada juga individu yang mengambil masa yang agak lama untuk menunjukkan kesan.
===>Ubat diabetes HPA, klik sini







