Penyakit asma
June 21, 2009 | Leave a Comment
Penyakit Asma merupakan penyakit kronik yang biasanya menyerang saluran pernafasan pada paru -paru yang mana wujudnya radang (inflamasi) pada dinding rongga saluran pernafasan hingga menyebabkan penyempitan pada saluran nafas yang pada akhirnya seseorang itu boleh mengalami kesesakan nafas. Penyakit Asma paling banyak dijumpai di negara-negara maju, terutamanya yang mempunyai level pencemaran udara yang tinggi sama ada disebabkan oleh asap kendaraan ataupun debu padang pasir.
Sehingga ke saat ini penyebab penyakit asma belum lagi diketahui secara mutlak walapun telah banyak kajian oleh para ahli saintis. Teori atau hypotesis mengenai penyebab penyakit asma masih belum disepakati oleh para ahli saintis dalam dunia perubatan.
Walaubagaimanapun, apa yang dapat disimpulkan ialah para penghidap penyakit asma mempunyai saluran pernafasan mempunyai sifat yang khas iaitu sangat peka terhadap pelbagai rangsangan seperti pencemaran udara, serbuk sari, udara sejuk, makanan, haiwan berbulu, tekanan jiwa, bau atau aroma menyengat dan olahraga.
Selain itu serangan penyakit asma adalah kesan dari penghidap mengalami jangkitan saluran pernafasan atas (ISPA) sama ada flu ataupun sinisitis. Serangan penyakit asma juga boleh dialami oleh wanita semasa siklus menstruasi, tetapi hal ini sangat jarang berlaku.
Angka peningkatan penghidap penyakit asma selalu dikaitkan dengan adanya faktor risiko yang menmpengaruhi seseorang menderita penyakit asma, misalnya faktor keturunan. Jika seorang ibu atau ayah menghidap penyakit asma, maka kemungkinan besar adanya penderita asma dalam anggota keluarga tersebut.
Penyakit asma mempunyai tanda dan gejalanya sendiri, antaranya :
- Pernafasan berbunyi terutama diwaktu mengeluarkan nafas. Tidak semua penghidap asma memiliki pernafasan yang berbunyi, dan tidak semua orang yang nafasnya berbunyi adalah penghidap asma.
- Sesak nafas akibat penyempitan saluran pernafasan.
- Batuk berpanjangan pada waktu malam hari atau cuaca sejuk.
- Penghidap mengadu merasakan dada menjadi sempit.
- Serangan asma yang teruk boleh menyebabkan penghidap tidak dapat berbicara karena kepayahan dalam mengatur pernafasan.
Pada usia kanak-kanak, gejala awal dapat dikesan seperti rasa gatal dirongga dada atau leher. Semasa serangan penyakit asma, rasa gelabah yang berlebihan dari penghidap boleh memburukkan lagi keadaan. Sebagai reaksi terhadap kecemasan, penghidap juga biasanya akan mengeluarkan banyak peluh.
Sakit Mata Tanpa Kemerahan
June 19, 2009 | Leave a Comment
Sakit mata tanpa kemerahan adalah mempunyai sebab yang berbeza-beza mengikut keadaan. Diagnosis yang tepat biasanya dapat diberi melalui penilaian klinikal yang teliti. Di antara penyebab-penyebab sakit mata termasuklah luka pada lapisan kornea.
Kornea adalah merupakan lapisan mata yang berada di luar sekali. Kornea jernih, dan mempunyai permukaan yang berbentuk kubah yang menutupi bahagian hadapan mata dan kornea membantu memfokuskan cahaya ke atas retina.
Oleh kerana kornea adalah lapisan yang paling luar, maka kornea biasanya mudah tercedera akibat benda asing yang masuk ke dalam mata yang menyebabkan sakit mata. Kecederaan pada kornea kebiasaanya berlaku akibat daripada kemalangan pada waktu bekerja contohnya serpihan kayu atau besi yang termasuk ke dalam mata, atau kekotoran yang terkena semasa memotong rumput.
Kecederaan kornea yang menyebabkan sakit mata juga boleh terjadi semasa kecederaan sukan (jari yang tercucuk mata), atau serpihan kaca yang masuk ke mata ketika berlaku kemalangan jalanraya. Walaubagaimanapun ia terjadi, kecederaan kornea akan menyebabkan sakit mata dan menjejaskan penglihatan.
Kornea yang luka boleh menyebabkan keadaan sakit mata teruk. Kebiasaanya, mereka yang mengalami kecederaan begini begitu sensitif pada cahaya (fotofobia) dan ini menyebabkan air mata keluar berlebihan.
Luka di bahagian kornea memerlukan rawatan rapi. Apabila kornea terluka, ini bermakna tiada lagi lapisan melindungi mata dan ini akan memudahkan jangkitan kuman berlaku.
Lapisan kornea boleh untuk kembali semula jika masalah kecederaan tersebut sedikit. Bagaimanapun, sekiranya luka tersebut adalah lebih dalam, proses untuk pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang. Selepas pemeriksaan teliti, doktor berkemungkinan akan memberi antibiotik untuk menghalang sebarang jangkitan dan penutup mata mungkin digunakan untuk mengurangkan stress dan sensitiviti kepada cahaya.
Luka dalam boleh menyebabkan kornea berparut, menjadi berkabut dan boleh menyebabkan penglihatan terjejas teruk. Dalam kes ini, mungkin terdapat keperluan untuk dilakukan pembedahan kornea atau pemindahan kornea.
Pencegahan bagaimanapun merupakan kunci utama untuk mengelakkan penyakit mata. Selalulah untuk menggunakan gogel pelindung dalam situasi kerja yang bahaya dimana habuk-habuk yang berterbangan boleh memasuki mata.

