Archive for August, 2009

Penyakit batu karang merupakan penyakit di mana batu terhasil dalam buah Pinggang yang terjadi daripada tumbuhan kristal halus hasil gabungan beberapa jenis kimia. Bahan kimia yang paling biasa menyebabkan penyakit batu karang adalah kalsium oxalat, kalsium pospat dan yang kurang dikenali adalah asid uric, cystine dan magnesiam pospat ammonia.

Saiz batu karang pula ada yang halus seperti pasir dan ada yang besar sebesar bola golf. Kebanyakan penyakit batu karang tumbuh membesar dalam buah pinggang, kemudian akan bergerak ke bawah ke dalam saluran kencing dimana ia biasanya akan menjadi bertambah besar.

Kesulitan mula akan timbul apabila batu karang menjadi terlalu besar yang boleh menyebabkan ganguan dalam perjalanan aliran air kencing. Ini biasanya akan membawa kepada penyakit di mana kuman akan merebak. Jangkitan kuman itu boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, jika penyakit batu karang tersebut tidak diubati segera.

Kejadian batu dalam buah pinggang atau penyakit batu karang ini adalah masalah yang biasa dalam saluran kencing. Dianggarkan bahawa terdapat satu hingga lima peratus dari jumlah penduduk biasanya akan mengalami menghadapi penyakit batu karang pada sesuatu ketika dalam hidup.

Sesetengah orang biasanya mengalami penyakit batu karang hanya sekali, kemudian pulih dan penyakit batu karang itu tidak berulang lagi. Bagaimanapun dalam banyak kes, penyakit batu karang adalah penyakit berpanjangan seumur hidup. Kebiasaannya orang lelaki pertengahan umur adalah lebih ramai yang mengidap penyakit batu karang ini dari kaum wanita.

Kadang-kadang penyakit batu karang ini boleh disebabkan oleh keturunan. Jika terdapat sejarah kejadian penyakit batu karang ini di kalangan ahli keluarga, sila dapatkan nasihat dari doktor.

Penyakit batu karang biasanya jarang menimbulkan masalah ketika ia mula terjadi. Tetapi bila batu karang itu beralih atau bergerak dalam ginjal atau dalam saluran kencing, ini akan menyebabkan kesakitan yang amat sangat dan pendarahan pada kebiasaannya boleh berlaku sehinggalah sesudah batu itu keluar.

Ada juga kes di mana batu karang tersekat yang akan menyebabkan kesakitan dan akan membawa bahaya bila kuman mula merebak. Jika ini berlaku biasanya tanda-tanda seperti pedih ketika buang air kecil, rasa loya dan air kencing berbau busuk akan berlaku. Penyakit batu karang pada keadaan ini memerlukan rawatan perubatan yang segera.


Apakah ubat batu karang ?

Jenis pengubatan penyakit batu karang adalah berbeza mengikut keadaan sesuatu kes itu. Jika batu karang dapat keluar dengan mudah, maka pengubatannya ialah dengan mengelakkan batu karang berlaku lagi. Untuk kes begini, penghidap penyakit batu karang akan diminta minum air dengan banyak iaitu sebanyak 3 liter sehari. Dengan cara ini ia akan dapat membersihkan buah pinggang. Makanan pesakit batu karang juga akan diubahsuai untuk mengurangkan bahan kimia yang terdapat dalam badan pesakit. Bila sahaja batu karang itu keluar, pesakit mestilah menyimpan batu tersebut bagi dibuat kajian. Kajian ini akan membolehkan para doktor menentukan sebab mengapa terjadinya batu tersebut dan dapat pula membantu untuk mengelakkan berulang lagi penyakit ini.

Telah ada pengubatan yang telah berjaya untuk menghancurkan batu asid uric dan systine. Bagi kes-kes yang lebih serius, bila batu tersebut terlalu besar untuk keluar sendiri, suatu pembedahan adalah perlu.

Juga penting untuk diingatkan bahawa penyakit batu karang ini memerlukan pengubatan sepanjang hayat. Ini adalah kerana, jika ianya tersekat dan perebakan kuman berlaku, buah pinggang tidak akan berfungsi lagi.

Share

Masalah keputihan wanita adalah merupakan antara masalah kesihatan yang sering dialami oleh kebanyakan wanita. Keputihan wanita adalah merupakan masalah yang kedua sesudah masalah gangguan haid.

Masalah keputihan wanita boleh didefinisikan sebagai pengeluaran cairan dari vagina. Cairan tersebut pada kebiasaannya keluar dalam keadaan pekat atau cair, berwarna jernih, putih, kuning atau hijau dan berbau atau tidak berbau. Ada sebahagian daripada wanita yang menganggap cairan yang keluar dari
vagina adalah masalah yang biasa dan ada juga antara mereka yang menganggap masalah keputihan wanita ini mengganggu aktiviti seharian mereka.

Masalah keputihan wanita yang amat perlu diberikan perhatian adalah apakah keputihan wanita tersebut adalah normal atau ada sesuatu penyakit.

Pengeluaran cairan daripada vagina adalah merupakan normal pada usia yang tidak produktif, di mana cairan tersebut pada kebiasaannya dalam keadaan yang sedikit, jernih, tidak bau dan tidak gatal.

Kebiasaannya cairan yang keluar adalah dihasilkan oleh kelenjar pada mulut rahim, yang bercampur dengan sel-sel vagina secara bakteria. Kalau berasaskan fisiologi, pengeluaran cairan berlaku semasa evolusi, ketika bermula dan selepas haid, rangsangan seksual, serta dalam kehamilan.

Sifat serta banyaknya keputihan wanita boleh menunjukkan sebab mengapa ianya berlaku. Selain itu petunjuk lain juga penting iaitu tempoh ia berlaku, sama ada secara terus menerus atau hanya pada waktu tertentu sahaja, warna, bau disertai rasa gatal atau tidak.

Di bawah adalah beberapa contoh yang menyebabkan keputihan wanita yang abnormal:

>> Jangkitan kulat, mengeluarkan keputihan wanita yang berwarna putih atau kekuningan, berlaku secara berterusan disertai rasa gatal, kebiasaannya disebabkan oleh kulat candida atau monillia

>> jangkitan kuman trichomonas, jenis ini biasanya ditunjukkan oleh keluarnya cairan berwarna kehijauan dan serta rasa gatal

>> Jangkita bakteria vaginosis, tandanya ialah keluarnya cairan yang berwarna kelabu dan berbau

>> Penyakit yang menular melalui perhubungan seks, yang biasanya ditunjukkan dengan keluarnya cairan yang bersifat ‘cheesy’, berbau dan bercampur darah

>> Kanser pangkal rahim iaitu apabila keluarnya cairan tetapi tidak gatal biasanya disertai bau busuk

Antara contoh penyebab keputihan wanita lain:

>> Vaginitis atropik yang timbul di waktu usia lanjut (menopause) yang pada kebiasaannya disertai rasa nyilu disebabkan kurangnya hormon estrogen

>> Ubat seperti : antibiotik, ubat yang mengandungi estrogen

>> Kehadiran benda asing seperti benang, kain atau benda lain yang secara sengaja / tidak sengaja ada di dalam vagina.

Antara perkara yang perlu untuk diketahui :

1. Jaga kebersihan bagi mencegah penyebab keputihan wanita

2. Tidak menggunakan ubat membersihkan vagina secara rutin dan berlebihan. Ia boleh menyebabkan kehilangan keadaan semulajadi yang ada di vagina yang bertugas bagi melindungi terhadap kuman dari luar

3. Menjauhi tekanan yang berlebihan

4. Pengidap kencing manis (diabetes) mesti memastikan kadar gula yang stabil

5. Segera berjumpa doktor apabila keputihan keluar secara berlebihan

Share