3 perkara penting mengenai tekanan darah tinggi

Share

Statistik penyakit darah tinggi

Darah tinggi adalah penyakit yang sangat biasa dihadapi masyarakat kita hari ini. Menurut kajian, 32 peratus penduduk Malaysia mempunyai masalah darah tinggi dan 37 peratus dalam peringkat awal penyakit darah tinggi atau ‘pre-hypertension’.

Presiden Persatuan Hipertensi Malaysia (PHP), Dr Azani Mohamed Daud berkata, dianggarkan sebanyak 0.97 bilion orang mengidap tekanan darah tinggi di seluruh dunia.  Jumlah itu dijangka meningkat kepada 1.56 bilion orang menjelang tahun 2025. Walau bagaimanapun, hanya 35.8 peratus yang prihatin bahawa mereka mempunyai hipertensi.  Namun begitu, yang lebih membimbangkan lagi adalah daripada 4.8 juta rakyat Malaysia yang mengidap penyakit hanya lapan peratus daripada mereka dapat dapat mengawal tekanan darah mereka supaya berada dalam julat yang boleh diterima.

Menurut Panduan Amalan Klinikal (CPG) yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, darah tinggi adalah keadaan tekanan darah sistolik melebihi 140mmHg dan tekanan darah diastolik melebihi 90mmHg dengan mengambil bacaan sekurang-kurangnya dua kali dalam dua lawatan oleh doktor.

Bagaimana mengetahui saya telah menghadapi tekanan darah tinggi ?

Pada kebiasaannya seseorang itu tidak dapat memberitahu secara pasti yang dia mempunyai tekanan darah tinggi. Satu-satunya cara untuk memastikan tekanan darah anda ialah dengan berjumpa dengan doktor untuk mengukur tekanan darah anda. Dua nombor digunakan dalam ujian tersebut bagi memastikan ukuran tekanan darah anda samada mempunyai tekanan darah tinggi ataupun tidak.

Tekanan di atas dipanggil tekanan sistolik darah. Ia adalah ukuran tekanan darah apabila jantung berdegup. Manakala nombor di bawah pula dipanggil sebagai tekanan darah diastolik dan ia adalah ukuran tekanan apabila jantung berehat. Jika seseorang mempunyai tekanan darah 130/80, ini bermakna pesakit itu mempunyai bacaan sistolik 130 dan 80 tekanan darah diastolik.

Unit ukuran tekanan darah ialah dalam milimeter merkuri dan ia biasanya ditulis sebagai mmHg. Oleh itu tekanan darah 130/80 ditulis sebagai 130/80 mmHg.

Apakah komplikasi(kesan buruk akibat penyakit) Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi?

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi adalah seperti:

• Otak
– Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient Ischaemic Attack)

• Penyakit jantung seperti :
– Coronary Heart Disease
– Congestive Heart Failure
– Left Ventricular Hypertrophy

• Komplikasi pada mata
– Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata
– Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy

• Komplikasi pada buah pinggang
– Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin Microalbuminuria, Proteinuria).

• Peripheral vascular disease seperti
– Aneurysm
– Kehilangan satu atau lebih denyut nadi

 

Penawar darah tinggi berasaskan Air zam zam

>> http://www.klik4sihat.com/ubatdarahtinggi <<

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *