5 punca penyakit darah tinggi

Share

 

Perkongsian kali ini adalah mengenai beberapa faktor yang boleh menjadi punca kepada penyakit darah tinggi. Antara faktor-faktor yang menyumbang penyakit tersebut ialah seperti berikut:

i) Faktor neurogenik (keturunan)

Faktor ini adalah berkaitan dengan keturunan penghidap darah tinggi. Walaupun faktor ini menyumbangkan kepada kebarangkalian yang besar, tetapi sehingga kini pakar genetik masih belum dapat memastikan bahagian gen yang menjadi punca menurunkan penyakit darah tinggi.

Para saintis dari Jepun membuktikan sifat tekanan darah tinggi dapat diturunkan kepada anak-anak tikus dengan mengahwinkan tikus-tikus percubaan dengn tikus yang mempunyai faktor tekanan darah tinggi. Faktor neurogenik ini berkait rapat dengan stress melalui pengaruh psikosomatik. Penyakit saraf yang dikesan melaluibaroreseptor wujud akibat tekanan darah tinggi. Oleh itu, penyakit ini boleh diturunkan oleh ibu bapa kepada anak-anak.

ii) Faktor Hormon

Terdapat dua hormon utama yang mempengaruhi  tekanan darah iaitu hormon adrenaline dan noradrenaline. Hormon-hormon ini mengakibatkan konstriksi salur nadi sehingga memberi kesan terhadap tekanan darah. Adrenalin dan noradrenalin dikeluarkan kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang. Dalam keadaan normal, jumlah yang dikeluarkan adalah seimbang dengan hormon-hormon yang menurunkan tekanan darah.

Kadar pengeluaran adrenalin dan noradrenalin yang berlebihan menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi. Ini dilihat pada sejenis tumor yang melibatkkan kelenjar adrenal yang dihidapi oleh penghidap darah tinggi dan hanya boleh disembuhkan melalui pembedahan tumor tersebut. Selain itu terdapat satu hormon yang menyebabkan tekanan darah tinggi iaitu hormon tiroksin. Hormon ini terjadi pada penyakit beguk yang mengeluarkan jumlah hormon tiroksin secara berlebihan. Keadaan ini terjadi apabila seseorang mengalami pembengkakan kelenjar tiriod, tangan yang menggeletar, cepat meradang dan sebagainya.

 

>> ubat darah tinggi <<

 

iii) Faktor Buah Pinggang

Sakit buah pinggang juga boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi di semua peringkat umur. Tekanan darah tinggi yang disebabkan kerosakkan buah pinggang memberi kesan terhadap penghidap darah tinggi .Hubungan penyakit buah piggang dan tekanan darah berkait dengan satu enzim yang dinamakan renin.

Renin dikeluarkan oleh sel-sel yang berada disekitar hujung pembuluh darah hingga ke buah pinggang. Sekiranya bahagian ini terdedah pada rangsangan renggangan atau kekurangan isipadu, darah akan mengalami kekurangan kandungan garam. Renin bertindak terhadap suatu bahan dalam plasma yang menghasilkan angiotensin.  Angiotensin adalah hormon peptida yang menyebabkan vasoconstriction dan peningkatan ketara dalam tekanan darah.

iv) Merokok

Bahan kimia yang terdapat dalam asap rokok meresap ke aliran darah. Bahan kimia seperti tar dan nikotin boleh merosakkan dinding arteri dan mengurangkan keanjalannya. Ini juga boleh menyebabkam kolestrol yang berlebihan tersumbat di saluran arteri. Selain tar, nikotin atau karbon monoksida, terdapat 2000 bahan kimia lain terdapat pada setiap rokok.

Nikotin dan karbon monoksida merupakan bahan yang paling berbahaya kepada jantung. Nikotin mengandungi toksik, arsenik atau sianida yang boleh digunakan sebagai racun serangga. Karbon monoksida adalah gas yang mampu mengikat hemoglobin dua puluh kali lebih kuat daripada oksigen. Akibatnya oksigen berkurangan dalam salur darah sehingga jantung terpaksa bekerja lebih keras. Ini akan menyebabkan tekanan darah tinggi.

v)    Minuman keras

Minum minuman keras secara berlebihan boleh memberi kesan kepada pengaliran darah. Ini disebabkan salur darah tersekat akibat kandungan garam yang berlebihan ditambah minuman yang beralkohol. Air minuman ini boleh member kesan yang sama kepada saluran darah dan boleh meningkatkan risiko terjadinya stroke atau angin ahmar. Keadaan ini berlaku apabila jantung tidak berfungsi dengan baik.

Pesakit kencing manis manis juga berisiko untuk menghidap penyakit darah tinggi. Ini disebabkan paras gula yang berlebihan dalam aliran darah boleh mengakibatkan kerosakan saluran pada salur darah dan mengganggu kelancaran pengaliran darah yang menyebabkan tekanan darah menjadi tinggi.Selain itu terdapat lagi fator-faktor lain belum dikenal pasti. Sekiranya anda menghidapi penyakit darah tinggi, sila buat pemeriksaan secara berkala dan ikut nasihat doktor.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *