Buah pinggang : Pengawalan diabetes lindungi buah pinggang anda

Share
DIABETES sebenarnya membahayakan kepada buah pinggang anda. Oleh itu, pengawalan diabetes yang baik mampu mencegah atau proses penyakit buah pinggang dilambatkan.
Andy, seorang pesakit diabetes, berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang mencabar. Dia menganggap penyakit diabetesnya di bawah kawalan.
Oleh kerana terlampau sibuk, dia telah membuat rawatan sendiri. Dia tidak meneruskan rawatan susulannya tetapi membeli ubat dari farmasi atau kedai ubat.
Keadaan ini berterusan untuk tempoh yang lama sehingga dia mengalami kelesuan dan berasa mual pada waktu pagi. Keputusan pemeriksaan kesihatannya mengesahkan dia mengalami kegagalan buah pinggang.
Diabetesnya juga bertambah teruk. Dia menyesal kerana tidak mendengar nasihat doktor untuk pemeriksaan kesihatan yang patut dilakukan secara kerap.
Maklumat lanjut penyakit buah pinggang , klik sini.
Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *