Penawar buasir berasaskan herba, murah dan berkesan !
June 27, 2010 | Leave a Comment
Penawar buasir yang berasaskan herba merupakan salah satu alternatif cara mengubati buasir. Ini adalah juga merupakan cara yang terbukti berkesan, tetapi kita kena pastikan kita menggunakan penawar buasir yang betul dan diiktiraf oleh kementerian kesihatan. Cara mengubati buasir menggunakan penawar buasir berasaskan herba dalam kes tertentu akan dapat mengelakkan pesakit buasir itu daripada terpaksa menjalani pembedahan bagi membuang buasir.
Kewujudan penawar buasir berasaskan herba telah memberi alternatif kepada perubatan secara di klinik dan hospital. Tetapi pastikan penawar buasir tersebut memang menggunakan 100% herba. Ini kerana dengan 100% herba atau maksudnya menggunakan bahan semulajadi, kita dapat mengelakkan kesan tidak baik dari penggunaan ubatan kimia secara berterusan. Selain itu, penawar buasir berasaskan herba biasanya agak murah. Seperti ubat buasir HPA, hanya sekitar RM40 – RM60. Ada yang guna satu pakej pun sudah menunjukkan hasil yang baik.
Di pasaran, terdapat pelbagai jenis penawar buasir. Dalam usaha untuk mencari penawar yang sesuai, pastikan penawar buasir yang anda pilih disahkan kementerian kesihatan. Ini bagi mengelakkan mendapat kesan buruk daripada penggunaan penawar buasir tidak diiktiraf.
Antara penawar buasir berkesan ialah penawar buasir HPA. Penawar buasir ini telah lama berada di pasaran serta telah menolong banyak mereka yang mengalami masalah atau simpton buasir. Penawar buasir ini mendapat kelulusan kementerian kesihatan dan selamat digunakan.
Ubat Tradisional BUASIR : cara mengatasi buasir yang berkesan !
June 26, 2010 | 1 Comment
Ubat tradisional buasir merupakan salah satu alternatif cara mengubati buasir. Cara ini adalah juga cara yang terbukti berkesan, cuma kena pastikan kita menggunakan ubat buasir tradisional yang betul dan diiktiraf. Cara mengubati buasir menggunakan ubat tradisional buasir dalam kes-kes terentu, dapat mengelakkan seseorang itu daripada terpaksa menjalani pembedahan membuang buasir.
Saya tidak pasti definisi sebenar ubat tradisional buasir, tapi di sini saya suka kaitkannya dengan penggunaan bahan semulajadi terutamanya herba. Memang perubatan tradisional banyak menggunakan herba untuk menghasilkan ubat. Dengan kata lain, secara definisi saya, ubat tradisional buasir merupakan kaedah perubatan selain dari hospital/klinik.
Terdapat pelbagai jenis ubat tradisional buasir di pasaran. Dalam mencari yang sesuai, pastikan anda memastikan penawar buasir yang anda pilih tersebut disahkan oleh kementerian kesihatan. Ini untuk mengelakkan anda mendapat kesan buruk daripada menggunakan penawar buasir yang tidak diiktiraf.
Antara ubat tradisional buasir yang berkesan ialah penawar buasir HPA. Penawar buasir ini telah lama di pasaran dan telah banyak menolong mereka yang mengalami masalah atau simpton buasir. Ubat tradisional buasir ini mendapat kelulusan kementerian kesihatan dan selamat digunakan.
Buasir : Testimoni 1
November 4, 2008 | 2 Comments
Assalammualaikum,
Saya telah menggunakan minyak kelapa dara dah habis satu botol,
sambil memakai dan minum saya juga telah menjual kepada rakan-rakan
sepejabat, sudah lebih 12 botol saya jual. Ada juga rakan-rakan
menceritakan kebaikan BIOVCO kepada saudara-saudara pada permulaan
saya menjual mengikut harga saya. Ada seorang kawan saya nie
kebetulan terkena sakit buasir baru sakit. Buang air besar berdarah.
Kebetulan sakit tu tengah malam, faham2 ajer la.. kalau sesiapa yang
kena penyakit buasir sakit sangat, dia ambil dua sudu minyak kelapa dara
(dengan niat untuk baikan sakit buasir dan selawat) dia minum
Alhamdulilah dengan izin Allah swt baik sakitnya. Keesokan hari dia
datang ke pejabat cerita kepada saya kebaikan BioVCO dan terus jadi
ahli.
Dan juga saya mencuba pada diri saya untuk jeragat dan jerawat
Alhamdulilah sudah menampak kesan dan saudara-saudari pengguna cuba
la…BIOVCO tapi niat dan selawat dalam hati mudah-mudahan dengan
izin allah ianya akan mujarab… InsyaAllah.
Nanti saya akan ceritakan lagi kepada saudara-saudari kerana
sekarang saya sudah ada 12 org pengguna di pejabat saya.
sekian, terima kasih, jumpa lagi
Nor Zihan Harun
kuantan
Pahang
—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—
Herba Buasir – Ficus
May 11, 2008 | 4 Comments
Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Masalah sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya masalah buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
Masalah sembelit – cara mengatasi
April 1, 2008 | 5 Comments
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.
Masalah sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
“Obstipation” merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—
Amalan Seharian untuk elak buasir
March 28, 2008 | 2 Comments
Antara amalan seharian yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan penyakit buasir :
- Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari
- Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga insyaallah dapat menghindari dari penyakit buasir : penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).
—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—
Tidak semua buasir sama
February 26, 2008 | 2 Comments
HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus ( dubur ) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.
Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
4 langkah untuk cegah buasir
February 10, 2008 | 2 Comments
Ingin mengelakkan diri dari penyakit buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada masalah buasir.
Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari penyakit buasir:
1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
>> rawatan buasir, klik sini
Risiko mendapat Buasir
February 8, 2008 | 2 Comments
Faktor-faktor di bawah boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir :
- Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit buasir
- Wanita Mengandung
- Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada penyakit buasir
- Meneran semasa membuang air besar
>> Maklumat lanjut buasir, klik sini
Penyakit Buasir – Perlu Rawatan Awal
January 27, 2008 | 3 Comments
Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .
Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.
Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).
PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.
Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :
· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.
Sumber maklumat : Wanita, September 2005
===> Rawatan buasir HPA, klik sini



