Archive for the ‘Buasir’ Category

 

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

ubat buasir

Maklumat lanjut herba buasir HPA klik link di bawah

>> Rawatan buasir <<

 

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Sumber maklumat : Wanita, September 2005

>> Rawatan buasir <<

Share

===> Rawatan buasir HPA, klik sini

Sumber: Harian Metro

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

Ada orang memang suka membaca surat khabar ketika buang air besar. Kalau terdesak, serpihan akhbar semalam pun memadai, asalkan ada bahan untuk dibaca pada ‘waktu itu’. Namun ia dikatakan bukan tabiat baik kerana boleh mendorong kepada masalah buasir .

Benarkah? Apa kaitan membaca ketika buang air dengan buasir ? Orang yang suka membaca di tandas sebenarnya ada banyak masa sementara menanti ‘urusannya’ selesai. Ia menandakan perjalanan bahan buangan dalam usus mereka sangat lambat dan ia biasanya perlu dipaksa keluar.

Paksaan ini meningkatkan tekanan dalam usus sehingga menyebabkan salur darah pada bahagian dubur membengkak dan membesar.

Lama kelamaan ia akan membentuk benjolan pada dubur yang dipanggil buasir . Buasir juga ada kaitan rapat dengan sembelit, jangkitan kuman pada dubur, masalah berlebihan berat badan atau disebabkan pekerjaan yang memaksa seseorang mengangkat banyak benda berat.

===> Rawatan buasir HPA, klik sini

Siapa boleh dapat buasir ? Sebenarnya ia boleh berlaku pada semua orang. Bagaimanapun, individu yang mempunyai ibu bapa buasir dikatakan ada kecenderungan mengalami masalah sama. Buasir juga kerap berlaku pada wanita mengandung dan selepas melahirkan anak. Masalah berlebihan berat badan atau obesiti juga menyebabkan buasir semakin teruk.

Tanda paling lazim jika mengalami penyakit buasir ialah:

  • Pendarahan (darah berwarna merah terang, sama ada pada dubur atau najis).
  • Berasa sakit setiap kali buang air besar.
  • Mengambil masa lama untuk buang air.
  • Sakit dan gatal pada dubur, terutama ketika duduk.
  • Ada benjolan lembut pada dubur. Benjolan ini boleh jadi lebih daripada satu. Pada keadaan teruk, ia mungkin terkeluar daripada dubur.Bila masanya anda perlu menjalani pemeriksaan? Segeralah berjumpa doktor jika:
  • Buasir kerap berulang.
  • Berat badan menurun tanpa sebab.
  • Mengalami keletihan berpanjangan (disebabkan kehilangan darah setiap kali buang air).
  • Tabiat buang air berubah.
  • Darah pada najis berwarna gelap.
  • Anda berasa pening setiap kali kehilangan darah ketika buang air (ia mungkin menandakan anda mengalami masalah anemia).
  • ===> Rawatan buasir HPA, klik sini

    Share

    Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir

    • Tekanan (pressure)

    Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

    Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

    • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

    Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

    Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

    • Berat badan berlebihan

    Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

    • Mengandung

    Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

    Sumber: www.anispharmacy.com

    >> herba penawar buasir hpa klik sini

    Share

    Buasir adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu banyak tekanan di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau memberi dan membonjol. Kadangkala ianya boleh pecah.

    Ada dua jenis buasir : Dalaman dan Luaran

    • Buasir Dalaman:

    Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.

    Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.

    sumber : http://www.infosihat.gov.my

    —> Rawatan buasir HPA, klik sini <—

    Share