Archive for the ‘jantung’ Category

Salah seorang Pakar perunding nefrologi, Dr S Prasad Menon menyarankan agar kita menjalani ujian buah pinggang bila tiba hari jantung sedunia, kerana apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular pun bermula. Penyakit kardiovaskular juga menyumbang lebih daripada 50% kematian di kalangan pesakit buah pinggang kronik.Risiko kematian akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa yang menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir meningkat kepada 10 hingga 30 kali.

Menurut Dr S Prasad lagi, ada perkaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom buah pinggang – jantung atau sindrom jantung – buah pinggang di mana pada asasnya, mencadangkan organ organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat dari penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang. Jadi, ini bermakna, jika anda melindungi jantung, anda boleh melindungi buah pinggang dan jika anda melindungi buah pinggang, anda boleh melindungi jantung.

Bagaimana jantung dan buah pinggang berkait antara satu sama lain? Menurut Dr.Prasad, buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah. Kerosakan fungsi buah pinggang boleh mengganggu tekanan darah. Tekanan darah tinggi juga boleh menambah kerosakan buah pinggang, selain merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.

Fungsi rembesan hormon dan penyingkiran air dari badan oleh buah pinggang juga terganggu. Ini boleh menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air. Faktor-faktor ini meningkatkan isipadu darah dan fungsi jantung menjadi lemah kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak untuk keperluan seluruh badan. Lama kelamaan, jantung gagal berfungsi. Bagi Dr S Prasad kaitan penyakit jantung dan buah pinggang ini dinamakan dengan ‘pam dan tapis’ kerana jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk untuk kegunaan buah pinggang dan buah pinggang menapis darah. Jika pam rosak maka buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis. Maka kedua-dua organ ini perlulah dijaga dengan baik.

Orang awam kini telah mempunyai kesedaran tentang risiko risiko klasik kardiovaskular, jadi mereka mereka berusaha untuk menjaga berat badan, tekanan darah, paras kolesterol gula dalam darah. Merokok meningkatkan risiko penyakit jantung, juga penyakit buah pinggang. Kerosakan pada buah pinggang selalu juga ditandai oleh paras glukosa dan kolesterol dalam darah. Maka, menurut Dr S Prasad lagi, pemeriksaan buah pinggang adalah amat perlu bila seseorang itu berada dalam keadaan ini. Dr S Prasad berpendapat bahawa setiap orang perlu menjalani pemeriksaan tahunan fungsi buah pinggang melalui ujian kehadiran albumin dalam air kencing, sebagai salah satu cara mencegah penyakit kardiovaskular.

Kebanyakan kes pesakit buah pinggang kronik, mereka tidak menyedari penyakit yang mereka hidapi kerana simptom penyakit buah pinggang biasanya muncul pada peringkat yang lebih teruk. Kata dr S Prasad lagi, 10 peratus daripada masyarakat awam menjalani kehidupan harian sambil tidak menyedari fungsi buah pinggang mereka makin merosot setiap hari dan menunggu masa simptom keterukan penyakit buah pinggang muncul seumpama bom jangka. Risiko strok, serangan jantung atau risiko lain penyakit berkaitan yang teruk menjadi tinggi bagi individu yang seperti ini. Dr S Prasad menyarankan agar masyarakat menjalani ujian kehadiran albumin dalam air kencing pada hari jantung sedunia kerana merupakan langkah yang baik. Pengesanan awal adalah yang terbaik, kerana risiko mendapat serangan jantung adalah satu kepastian jika anda penghidap penyakit buah pinggang. Pengesanan awal adalah jauh lebih baik berbanding perlu menjalani dialisis seumur hidup kerana kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan sentiasa ketakutan terhadap kematian pramasa akibat penyakit kardiovaskular.

Kepada anda semua, sayangi jantung anda, sayangi buah pinggang anda . jangan biarkan kesengsaraan berlaku akibat kealpaan and sendiri.

Share

Ramai beranggapan komplikasi kematian boleh diakibatkan oleh penyakit resdung (sinusitis). Selain itu terdapat juga anggapan bahawa penyakit resdung tidak dapat dirawat. Artikel pendek ini cuba melihat persepsi tersebut.

INDIVIDU BERISIKO MENDAPAT RESDUNG

* Mereka yang alah kepada habuk dan makanan yang menyebabkan hidung mereka tersumbat

* Mereka yang mempunyai ketumbuhan dalam hidung

* Mereka yang mempunyai kelainan (abnormality) dalam hidung seperti septum dinding pemisah hidung yang bengkok

* Turbinate dinding tepi hidung terdiri daripada tiga turbinate iaitu tulang-tulang dinding yang mempunyai para. Turbinate yang besar memberi berisiko untuk mendapat sinusitis kerana situasi ini akan menyebabkan ia menyumbat sinus.

KOMPLIKASI

Komplikasi serius boleh berlaku kepada kanak-kanak dan orang dewasa jika masalah resdung tidak dirawat dengan sempurna

* Kanak-kanak

Antara akibat penyakit resdung kepada kanak-kanak ialah resdung merebak ke dalam mata, jangkitan sellulitis dan nanah mata. Ini juga boleh menyebabkan mata menjadi buta jika ia dibiarkan.

Risiko buta berlaku kerana dinding pemisah ethmoid dengan mata adalah sangat nipis di mana sinus frontal masih belum terbentuk. Ini juga akan menyebabkan nanak dikeluarkan dari rongga mata.

Untuk mengatasi masalah ini, satu laluan dibuat oleh doktor untuk mengeluarkan cecair dari sinus ethmoid supaya ia tidak bertakung lagi.

* Dewasa

Nanah dari sinus frontal tidak dapat untuk keluar dari hidung. Ia akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.

Hasilnya, ostia mudah tersumbat. Sinus maxilla adalah merupakan kawasan yang sering dijangkiti sinusitis. Walaubagaimanapun, ia amat jarang berlaku kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal.

Tetapi, jika nanah merebak ke dalam otak, pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery perlu dijalankan. Kadar kematian meningkat hingga 40 peratus bagi kes-kes seperti ini.

===> Rawatan resdung HPA

Share

SETIAP tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, 500 kematian direkodkan.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

“Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

“Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

“Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya,” kata Dr. Quek.

Share

–> Ubat darah tinggi HPA, klik sini

Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini, jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali normal.

“Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi tiroid,” katanya.

Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui, ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.

“Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet, minum arak dan merokok.

“Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah iaitu umur – semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina,” katanya.

Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan ubat.

Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga untuk mengawal tekanan darah tinggi .

“Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi perlu mengambil dua biji pil atau lebih,” katanya.

Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.

“Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai Exforge® keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan,” katanya.

Info

Panduan sasaran tekanan darah

  • 140/90 mm Hg atau kurang – Jika anda orang dewasa yang sihat
  • 130/80 mm Hg atau kurang – Jika anda pesakit ginjal kronik, diabetes atau masalah koronari arteri atau berisiko terhadapnya.
  • 120/80 mm Hg atau kurang – Jika jantung anda tidak mengepam seperti sepatutnya kerana masalah jantung atau masalah ginjal sangat kronik.

–> Ubat darah tinggi HPA, klik sini

Share

Pesakit boleh diserang komplikasi kardiovaskular yang membawa maut

DI SELURUH dunia, kegagalan mengawal masalah tekanan darah tinggi kerap menjadi punca penyakit kronik seperti kardiovaskular dan masalah ginjal.

Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002 menyebut, setiap tahun 5 juta kematian pra matang dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada tekanan darah tinggi .

Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan dianggarkan seorang daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan dengan masalah tekanan darah tinggi .

Bagaimanapun, katanya hanya enam daripada 100 pesakit berupaya mengawal masalah mereka.

“Pada peringkat global, tujuh daripada 10 pesakit tekanan darah tinggi tidak berupaya mengawal penyakit ini. Masalahnya, tanpa kawalan dan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung, strok selain masalah buah pinggang,” katanya.

Dr Khoo berkata, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi adalah golongan pesakit yang paling gagal mengawal keadaan itu.

“Bacaan tekanan darah diukur dalam milimeter merkuri (mm Hg) dan memiliki dua nombor. Nombor pada bahagian atas adalah ukuran tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup (systolic pressure), manakala nombor di bawah adalah ukuran tekanan arteri di antara degupan (diastolic pressure).

“Keadaan yang didefinisikan sebagai masalah tekanan darah tinggi terjadi apabila ia mencecah 140/90 mmHg atau lebih,” katanya.

Beliau berkata, apabila tekanan darah tinggi tidak dikawal, ia akan menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir, mengingat dan belajar.

“Masalah kognitif dan otak (dementia) adalah antara keadaan yang biasa dialami mereka yang tidak mengawal tekanan darah tinggi dengan baik.

“Ia juga secara tidak langsung menjadi punca kes kematian dan kemerosotan kualiti hidup disebabkan oleh serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal,” katanya.

Beliau berkata, dalam satu kajian didapati risiko kematian disebabkan serangan jantung secara langsung dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Lebih tinggi kadar tekanan darah anda, lebih tinggi juga risiko yang anda hadapi.

Share

Ingin mengelakkan diri dari penyakit buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada masalah buasir.

Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari penyakit buasir:

1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.

2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam

3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.

4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.


>> rawatan buasir, klik sini

Share

Jika anda mengalami mana-mana daripada simptom ini–rasa sakit, sesak dada atau tekanan dalam dada, nafas singkat, sakit di rahang, leher, lengan, bahu atau belakang, rasa mual, berpeluh sejuk atau rasa pening dan pitam–ini adalah tanda-tanda amaran serangan jantung akan tiba.

Serangan jantung berlaku apabila saluran yang membekalkan darah ke otot jantung tersumbat, membawa kepada kematian sel otot jantung . Penyakit kardiovaskular adalah pembunuh nombor satu di kalangan lelaki dan wanita Malaysia.Wabak penyakit kardiovaskular global meragut 17 juta nyawa atau kira-kira satu pertiga daripada kematian di serata dunia pada setiap tahun.

Share

Anda pernah periksa kadar kolestrol dalam badan anda ? Kadar yang tinggi boleh membawa kepada penyakit berbahaya iaitu penyakit jantung. Tapi kepada yang telah periksa dan mendapati kadar kolestrol adalah tinggi, jangan panik !. Banyak cara untuk merawat dan mengawal kadar kolestrol anda. Di sini saya ingin berkongsi satu artikel cara untuk kawal kolestrol secara semula jadi. Baca jange dok bace:

PENYAKIT jantung merupakan salah satu penyebab kematian utama bukan sahaja di Malaysia bahkan di dunia.

Faktor-faktor risiko penyakit jantung termasuklah paras kolesterol yang tinggi, paras lemak dalam darah yang tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, obesiti, gaya hidup yang tidak aktif dan tabiat merokok.

Kolesterol merupakan sebatian berlemak, juga dikenali sebagai lipid, yang beredar melalui darah. Ia diperlukan untuk pelbagai fungsi badan yang penting seperti pembinaan membran sel, penghasilan sesetengah jenis hormon, sintesis vitamin D dan penghadaman lemak dalam badan.

Share