Ubat penyakit kulit yang berasaskan minyak kelapa dara antara pilihan yang baik. Ini terbukti dengan pelbagai testimoni ubat penyakit kulit berasaskan minyak kelapa dara. Di bawah adalah salah satu testimoni masalah penyakit kulit . Teruskan membaca .
Saya merupakan salah seorang stokis Bio-Asli dan mempunyai seorang anak buah yang mengalami sakit kurap di leher, telinga dan kepala. Saya berasa segan kerana saya mempromosikan produk Bio-Asli kepada orang ramai sedangkan anak buah saya sendiri menghidap sakit kurap yang teruk.
Suatu hari, saya pergi untuk berjumpa dengannya, lalu saya berikan Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (Pure) kepadanya untuk disapukan di tempat-tempat kurap yang dideritainya.
2 hari kemudian, dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan leher, telinga dan kepalanya yang sebelum ini terdapat kurap yang teruk, kelihatan licin. Saya berasa amat terkejut melihat keadaannya dan dalam masa yang sama, saya berasa gembira dan bersyukur melihat keadaannya yang semakin pulih. Namun, saya agak terkilan kerana tidak sempat mengambil gambar keadaan kulitnya sebelum menggunakan MKD Bio-Asli untuk dikongsikan bersama orang ramai.
Minyak kelapa dara bio asli bukan hanya untuk kurap, tapi pelbagai masalah kulit.
Penyakit kulit yang dibincangkan dalam artikel ini adalah penyakit pada kulit yang biasanya tidak berbahaya atau bermakna, penyakit kulit ini tidak akan menimbulkan kesan buruk terhadap mereka yang menghidapi penyakit tersebut, tapi mempunyai kecenderungan lebih kepada rasa gatal-gatal yang dialami oleh mereka yang menghidapi atau mungkin juga boleh menyebabkan rasa malu atau kurang percaya diri.
Berikut adalah beberapa jenis penyakit kulit gatal yang dimaksudkan, serta cara pencegahannya
1. Kudis
Kudis adalah penyakit kulit gatal yang menular, penyakit kulit ini dalam bahasa ilmiah disebut scabies. Ia memiliki gejala gatal, dan rasa gatal tersebut biasanya akan lebih dirasai pada malam hari. Sering muncul tempat-tempat lembab pada tubuh seperti tangan, ketiak, kunci paha dan pada tangan atau kaki.
Cara Pencegahan penyakit kudis ini ialah dengan mencuci alas tempat tidur dan pakaian yang dipakai dalam 2 hari kebelakangan ini dengan air panas dan deterjen.
2. Kurap
Penyakit Kurap merupakan satu penyakit kulit menular yang disebabkan oleh jangkitan kulat. Gejala kurap mulai dapat dikenali ketika terdapat baian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda. Kurap dapat dicegah dengan cara mencuci tangan yang sempurna, menjaga kebersihan tubuh, dan mengindari hubungan dengan penderita.
3. Panau
Panau adalah salah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh sejenis kulat. Penyakit panau dikesan melalui bercak yang terdapat pada kulit yang disertai rasa gatal bila berpeluh. Bercak-bercak ini biasanya berwarna putih, coklat atau merah tergantung warna kulit mereka yang menghidapinya.
Penyakit panau paling banyak berlaku pada remaja usia belasan. Walnaupu begitu penyakit panau juga boleh berlaku pada golongan tua.
Cara mencegah penyakit kulit Panau dapat dilakukan dengan menjaga kebersihan kulit, dan ia dapat juga diubati dengan rawatan penyakit kulit tradisional seperti daun sirih yang dicampur dengan kapur sirih dan disapu pada kulit yang diserang Panau.
Penyakit kulit mempunyai beberapa jenis. Di sini dibincangkan 3 daripada jenis-jenis penyakit kulit iaitu folikutis, penyakit ekzema dan kudis buta.
Folikutis
Folikutis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit kulit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyakit kulit ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.
Untuk merawat penyakit kulit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit kulit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.
Penyakit ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.
Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah. Penyakit ekzema tidak boleh diubati. Rawatan ekzema cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder penyakit kulit ini .
Kudis Buta
Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.
Penyakit kulit ini akan menyebabkan keadaan sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit kulit ini boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.
Testimoni minyak kelapa dara untuk penyakit kulit
1) Ekzema
Kita merancang Allah yang menentukan. Ibubapa manakah yang sanggup melihat anak yang di lahirkan dan di besarkan mengalami penyakit yang memeritkan. Usaha dan tenaga dikerah mencari penawar. Beratus pakar dan habis wang simpanan tapi tiada penawar untuk penyakit eczema bagi anak-anaknya. Dan kebetulan,seorang pakar memintanya mencari minyak kelapa dara sebagai alternatif terakhir.
Dari tahun 2004 beliau mencari tapi pada tahun 2006 barulah beliau berjumpa dengan Bioasli setelah di perkenalkan oleh adik iparnya. Kini,En.Azhar boleh tersenyum gembira kerana anak-anaknya telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dan tahap kesihatan keluarganya turut bertambah baik.
2) Psoriasis
Minyak kelapa dara di akui oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia sebagai anti bakteria,protozoa,kulat dan sebagainya yang sering menjadi punca penyakit kulit seperti psiorisis dan eczema. Banyak bukti telah di jumpai dan Bioasli juga telah menerima banyak feedback dari pelanggan yang menghidapi penyakit kulit seperti cik di sebelah ini dan setelah menggunakan produk minyak kelapa dara menjadi semakin sembuh dan baik.
Penghidap psiorisis ini telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam hanya beberapa bulan dengan kerap dan konsisten. Dan hasilnya kini beliau tidak lagi risau dengan kulitnya.