—> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan’ ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan’ yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat’ untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.
Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 2 | darah tinggi | Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit says:
[...] ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di [...]
May 28, 2009, 3:53 pm