habbatus sauda

Habbatus Sauda merupakan satu jenis tumbuhan yang biasanya banyak ditemui di kawasan Mediterranean serta di kawasan yang mempunyai iklim gurun. Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan ke atas habbatus sauda . Kebanyakkan penulisan mengenai tumbuhan ini ditulis dalam Bahasa Arab, dan  pendedahan pada dunia antarabangsa tidak begitu banyak di buat.

Habbatus Sauda digunakan dalam bentuk tradisional bagi beberapa tujuan seperti bagi menghasilkan kulit muka yang cerah, untuk menolong merawat batuk dan asma, merawat kencing manis, mengatasi selsema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah payah tidur, sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Nabi Muhammad S.A.W. juga ada bersabda dalam Hadits baginda dikutip daripada kitab Ash Shahihain ”Gunakanlah Habbatus Sauda’ kerana di dalamnya terdapat sejenis ubat dari segala jenis macam penyakit kecuali As Sam (maut)” (HR.Bukhari, Muslim)

Ibnu Sina, seorang saintis hebat di zaman kegemilangan Islam juga dalam bukunya Canon of Medicine telah menyatakan Habbatus Sauda ……merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat.

Share

Post berkaitan :

2 Comments

  1. Habbatus sauda : hasil kajian berkurun lamanya ! : Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit says:

    [...] Habbatus sauda , telah ditulis oleh saintis terkemuka Islam, Ibnu Qayyim, dalam bukunya Medicine of the Prophet di mana beliau menyatakan bahawa Habbatus Sauda mampu  untuk memulihkan penyakit seperti batuk, bronkitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut, menambahkan susu badan, juga menambah pengaliran air liur serta sebagainya. [...]

  2. Khasiat minyak habbatus sauda : Rahsia tersembunyi ! : Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit says:

    [...] Khasiat minyak habbatus sauda adalah menyeluruh dan meliputi banyak aspek. Ini juga menyebabkan habbatus sauda boleh dijadikan amalan harian diambil untuk mendapat kesihatan yang berterusan . Antara khasiat minyak habbatus sauda jika ingin diperkatakan satu persatu antaranya ialah: [...]

Leave a Reply