Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Kawal diabetes, elak komplikasi

with one comment

Share

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis

Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.

Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.


Share

One Response to 'Kawal diabetes, elak komplikasi'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Kawal diabetes, elak komplikasi'.

  1. [...] amnya, penyakit diabetes ( kencing manis ) adalah penyakit yang berpunca daripada kandungan gula yang tinggi dalam darah. [...]

Leave a Reply