Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Kesan penyakit kulit psoriasis

without comments

Kesan penyakit psoriasis

* Kesan psikologi

Pesakit penyakit psoriasis berasa malu dan tertekan dengan keadaan kulit bersisik dan merah terutamanya jika sisik-sisik psoriasis jatuh bertaburan di baju, tilam dan lantai.

Masyarakat yang tidak memahami penyakit pada kulit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan murung.

Ini mungkin kerana mereka tersalah sangka penyakit ini boleh berjangkit atau tidak selesa dengan keadaan kulit pesakit yang sedikit berbeza.

* Artritis

Pesakit psoriasis boleh juga mendapat masalah artritis yang disebabkan oleh psoriasis yang dinamakan psoriatic arthropathy.

Ia berlaku kepada lima peratus pesakit psoriasis. Jari tangan, kaki dan sendi-sendi seperti siku, lengan, bahu, lutut, buku lali dan punggung juga boleh menjadi sakit dan bengkak.

Rawatan penyakit psoriasis

Banyak kaedah boleh digunakan dalam rawatan psoriasis antaranya ubat sapu, ubat makan dan fototerapi.

Di antara ubat sapu yang digunakan untuk merawat pesakit adalah seperti kortikosteroid, vitamin D3, antralin, terapi dan tar arang.

Ubat makan pula adalah seperti retinoid, methotrexate, ciclosporin, hydroxyurea sementara fototerapi adalah rawatan yang menggunakan terapi sinar UVA atau UVB. Bagaimanapun, sehingga kini belum ada ubat dapat menyembuhkan sepenuhnya penyakit ini.

 

Testimoni minyak kelapa dara untuk penyakit kulit

1) Ekzema

Kita merancang Allah yang menentukan. Ibubapa manakah yang sanggup melihat anak yang di lahirkan dan di besarkan mengalami penyakit yang memeritkan. Usaha dan tenaga dikerah mencari penawar. Beratus pakar dan habis wang simpanan tapi tiada penawar untuk penyakit eczema bagi anak-anaknya. Dan kebetulan,seorang pakar memintanya mencari minyak kelapa dara sebagai alternatif terakhir.

Dari tahun 2004 beliau mencari tapi pada tahun 2006 barulah beliau berjumpa dengan Bioasli setelah di perkenalkan oleh adik iparnya. Kini,En.Azhar boleh tersenyum gembira kerana anak-anaknya telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dan tahap kesihatan keluarganya turut bertambah baik.

2) Psoriasis

Minyak kelapa dara di akui oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia sebagai anti bakteria,protozoa,kulat dan sebagainya yang sering menjadi punca penyakit kulit seperti psiorisis dan eczema. Banyak bukti telah di jumpai dan Bioasli juga telah menerima banyak feedback dari pelanggan yang menghidapi penyakit kulit seperti cik di sebelah ini dan setelah menggunakan produk minyak kelapa dara menjadi semakin sembuh dan baik.

Penghidap psiorisis ini telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam hanya beberapa bulan dengan kerap dan konsisten. Dan hasilnya kini beliau tidak lagi risau dengan kulitnya.

Maklumat lanjut klik link di bawah

minyak kelapa dara

Share

Written by admin

May 5th, 2011 at 3:37 am

Leave a Reply