Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Khasiat minyak habbatus sauda : Rahsia tersembunyi !

with one comment

Share

Khasiat minyak habbatus sauda adalah menyeluruh dan meliputi banyak aspek. Ini juga menyebabkan habbatus sauda boleh dijadikan amalan harian diambil untuk mendapat kesihatan yang berterusan . Antara khasiat minyak habbatus sauda jika ingin diperkatakan satu persatu antaranya ialah:

1. Pelbagai zat pemakanan

Khasiat minyak habbatus sauda yang pertama ialah dari segi zat pemakanan. Habbatus Sauda adalah kaya dengan:

  • monosaccharide glukosa, xylosa , polysaccharide
  • fatty acid tidak tepu (unsaturated essential fatty acids, EFA). Sumber utama EFA adalah pemakanan dan tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Asid amino yang membentuk protein, kalsium, zat besi dsb
2. Menguatkan Sistem imunisasi

Terdapat kajian yang telah dilakukan oleh Arab Saudi yang menemui khasiat minyak habbatus Sauda dalam meningkatkan sistem imunisasi (daya tahan dalam melawan penyakit). Dengan itu ia mungkin berkepentingan dalam pengawalan kanser, AIDS serta penyakit berkaitan yang lain.

3. Anti-histamine

Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah sebagai anti-histamine. Histamine merupakan bahan dikeluarkan sel-sel mati di dalam badan yang menyebabkan kesan-kesan allergik (alahan). Habbatus Sauda ada mengandungi bahan-bahan menghalang protein kinase C, sejenis bahan pencetus penghasilan histamine. Disebabkan penghidap asma biasa mengalami masalah alahan, habbatus Sauda berkemungkinan baik untuk diambil secara berterusan oleh pesakit asma.

4. Anti-tumor

Kajian in-vitro menemui bahawa antara khasiat minyak habbatus Sauda adalah dalam menghalang pembentukan sel tumor. Oleh itu habbatus sauda,  baik digunakan bagi membantu menghalang kanser.

5. Anti-bakteria

Penyelidikan dalam mencari khasiat minyak habbatus sauda mendapati ia mempunyai aktiviti anti bakteria .  Ia berupaya dalam mengawal bakteria seperti E. coli, V. cholera serta spesies Shigella. Ini  memberi makna habbatus Sauda adalah baik bagi mereka yang menghidapi penyakit seperti cirit-birit serta masalah perut yang lain.

6. Anti-radang (anti-inflammation)

Khasiat minyak habbatus sauda seterusnya ialah dalam mengurangkan radang (bengkak). Oleh sebab itu, habbatus sauda adalah baik bagi pesakit asma (untuk mengurangkan radang dalam paru-paru), ekzema (alahan yang menyebabkan gatal dsb.) dan arthritis (bengkak sendi).

7. Menggalakkan pengeluaran susu

Kombinasi hormon serta lemak yang didapati dalam habbatus Sauda menyebabkan pengeluaran susu ibu yang menyusukan bayi bertambah.

Share

One Response to 'Khasiat minyak habbatus sauda : Rahsia tersembunyi !'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Khasiat minyak habbatus sauda : Rahsia tersembunyi !'.

  1. [...] sauda BIOASLI terbukti dengan pelbagai testimoni! Habbatus sauda bioasli kini merupakan produk habbatus sauda yang saya pasarkan untuk niche habbatus sauda. Ini [...]

Leave a Reply