Pemakanan dan kesihatan : Buasir boleh diatasi

Share

Wanita hamil antara pesakit paling ramai

SATU daripada lima dewasa di negara ini dilaporkan, pernah menderita akibat buasir sekurang-kurangnya sekali sepanjang hayatnya tanpa mengenal status, manakala dijangka kira-kira satu daripada 3,000 yang pertama kali merasai pengalaman mengandung, boleh mengalaminya ketika tempoh kehamilan itu berlangsung.

Hakikatnya buasir bukan penyakit baru, malah pada abad ke-17 lagi, pengkaji sejarah mencatatkan Pemerintah Perancis, Napoleon Bonaparte, kehilangan kuasa sebagai Maharaja sebab kalah pada peperangan Waterloo dan kekalahan itu dikaitkan akibat beliau menderita penyakit buasir.

Sementara Presiden ke-39 Amerika Syarikat (AS), Jimmy Carter terpaksa meninggalkan jamuan Krismas pekerja Rumah Putih, bagi mendapatkan rawatan buasir.

Buasir atau nama sainsnya ‘haemorrhoids’ terbahagi kepada dua jenis, iaitu di dalam atau terkeluar daripada dubur. Buasir, terhasil daripada regangan berulang kali ketika pergerakan usus dan masalah ini bertambah teruk sekiranya diikuti masalah sembelit. Pendarahan adalah gejala utama buasir dan hampir 70 peratus penghidapnya mengalami masalah pendarahan setiap kali membuang air besar.

Pengurus Negara Farmaseutikal Penjagaan Kesihatan Herba Himalaya, K Chandrasekaran, berkata punca utama buasir disebabkan oleh tekanan meningkat dalam abdomen yang boleh menyebabkan saluran darah meregang dan bengkak, menimbulkan pelbagai gejala, termasuk rasa gatal dan pendarahan yang banyak.

Rawatan buasir berasaskan bahan semulajadi:

http://www.ubatbuasir.com

 

Penyakit buasir dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

  • buasir dalam yang berlaku pada bahagian dalam dubur
  • sementara buasir luar , boleh terkeluar dan boleh dilihat serta dirasai pada bahagian dubur.

Katanya, buasir tidak terjadi dalam masa satu hari, sebaliknya ia terbentuk secara perlahan-lahan apabila individu mendapati dirinya sukar membuang najis diikuti tabiat meneran ketika melakukannya.

“Cara pembuangan najis sering dikaitkan dengan masalah individu. Sekiranya seseorang itu berhadapan dengan tekanan, ia mungkin menyebabkan sukar membuang air besar atau sembelit. Sembelit terjadi akibat kekurangan fiber dalam diet, bebanan berkaitan dengan sembelit semakin besar apabila individu jenis yang gemar berlengah ke tandas atau gemar meneran apabila membuang air besar.

“Sementara itu, masalah obesiti boleh juga menyumbang kepada buasir. Apabila sekilogram berat badan bertambah, abdomen berisiko berdepan dengan bebanan tidak wajar. Apabila diikuti dengan diet tidak betul, ia akan meningkatkan lagi risiko buasir,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Beliau berkata, wanita hamil tidak terkecuali menghidap masalah buasir akibat tekanan kandungan yang semakin membesar.

Perubahan hormon progesterone juga sering mengakibatkan pergerakan usus menjadi perlahan. Berikutan ‘kerja’ penghadaman yang semakin lambat, lebih banyak penyerapan berlaku menjadikan najis bertambah keras. Pembesaran janin dalam rahim akan menekan saluran darah pada kawasan rektum (dubur) menyebabkan ia mula membengkak. Tekanan otot dubur pada kawasan yang bengkak pula menyulitkan proses pembuangan najis, malah pendarahan boleh berlaku apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Kebiasaannya, tekanan akan berkurangan selepas kelahiran membolehkan kawasan yang bengkak berkenaan kembali surut. Kadangkala ia semakin teruk hingga buasir boleh terkeluar ketika proses meneran untuk melahirkan bayi. Melakukan kerja berat atau yang boleh memberikan tekanan pada tubuh badan juga boleh menyumbang kepada berlaku masalah sembelit.

Chandrasekaran berkata, tidak sukar mengesan simptom buasir kerana ia berkait rapat dengan tabiat pembuangan najis dan kawasan dubur.

  • Rasa gatal atau sakit sekeliling dubur,
  • darah segar yang menitis ketika membuang najis
  • rasa pedih sekitar rektum adalah antara tanda anda mengidap buasir.

Hakikatnya buasir boleh ditangani pada peringkat awal dengan mengelakkan berlakunya sembelit. Ia boleh dilakukan dengan mengambil lebih banyak makanan berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang.
Beliau berkata, makanan berserat tinggi boleh diambil bagi membantu najis menjadi lembut, selain kekerapan bersenam, membantu perjalanan pembuangan air besar.

“Makanan turut mempengaruhi sembelit, yang menjadi punca buasir. Elakkan minuman berkafein seperti teh dan kopi. Minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas air sehari bagi mengelakkan badan kekurangan air, sekali gus melancarkan pembuangan najis.

“Amalan pembuangan air besar yang baik seperti mengelak meneran terlalu kuat selain segera ke bilik air jika ada gesaan untuk membuang air besar membantu proses pembuangan. Sebaliknya tabiat membaca dalam bilik air terlalu lama akan menyebabkan buasir menjadi teruk. Selain itu pastikan tidak duduk dan berdiri terlalu lama serta jangan mengangkat barang berat,” katanya.

Bagi ibu hamil pula, sebaik saja ibu hamil mendapatkan rawatan pemeriksaan di hospital atau klinik kesihatan, langkah pencegahan awal adalah memberikan mereka nasihat mengenai corak pemakanan sihat termasuk untuk mengelakkan buasir.

Antaranya:

  • mengetepikan makanan pedas dan
  • mengutamakan kelompok makanan tinggi serat seperti buah, sayur dan bijirin.
  • Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari juga mampu mengelakkan sembelit.

Sekiranya simptom buasir mengganggu keselesaan hidup seperti sakit, perdarahan dan berlaku jangkitan kuman maka pembedahan boleh dipertimbangkan. Ada beberapa kaedah pembedahan yang digunakan seperti mengikat buasir dengan getah, laser dan diatermi bagi buasir yang kecil. Sementara itu, komplikasi pembedahan ini adalah perdarahan, sakit dan infeksi. Sekiranya hamil lagi selepas pembedahan dilakukan, kemungkinan buasir ini boleh berulang semula.

INFO: Terdapat empat jenis buasir:

  • Pembengkakan pada bahagian dalam saluran dubur, berdarah, tetapi tidak boleh dilihat dari luar dubur.
  • Pada tahap kedua buasir ditemui dalam lokasi sama, tetapi terkeluar daripada dubur apabila membuang air besar, tetapi akan kembali ke tempat asal sejurus selepas itu.
  • Pada tahap ketiga pula buasir akan menjadi lebih besar, dan terkeluar seperti buasir tahap kedua, tetapi akan kekal di luar dubur dan perlu dimasukkan semula menggunakan jari.
  • Pada peringkat paling teruk, buasir tidak boleh dimasukkan ke dalam. Ia terletak di bawah dubur dan boleh menjadi bengkak dan terasa amat sakit terutama jika bekuan darah terjadi di dalamnya. Individu akan berasa tidak selesa sekiranya buasir tidak dirawat.

Hindari buasir

  • Minum banyak air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari (1.2 hingga 2 liter).
  • Makan makanan yang berserat tinggi seperti bijirin, sayur-sayuran dan buah-buahan. Ia dikatakan melancarkan pengeluaran najis.
  • Gunakan tandas pada satu jangka masa yang sama seperti apabila bangun pagi dan selepas meminum segelas besar air.
  • Elakkan makanan yang mengganggu sistem (pedas atau beralkohol) dan usus.
  • Sentiasa bersenam seperti berjalan kaki dan berenang. Elakkan sukan berkuda atau berbasikal.
  • Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan merendam dubur dalam air garam yang suam selama 10 minit satu atau dua kali sehari apabila ada tisu bengkak di dubur. Garam yang digunakan adalah garam masak yang biasa. Proses ini dipanggil sitz bath. Air garam mempunyai dua fungsi iaitu mengecutkan tisu yang bengkak dan meredakan kesakitan.

Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof, Julai 2010. Berita Harian.

Dapatkan RAWATAN BUASIR berasaskan herba semulajadi, klik sini

Share

One thought on “Pemakanan dan kesihatan : Buasir boleh diatasi

  1. Pingback: BUASIR bukan ancaman BARAH | Rahsia Herba Warisan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *