Penyakit Gout, jangan pandang remeh

Share

Penyakit Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya diebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Penyakit gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ‘setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.

Pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. Aras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi. Penyakit gout juga boleh dihidapi berasakan faktor keturunan.

Penyakit gout pada kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki (Kes begini adalah lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Penyakit gout bagaimanapun boleh juga menjejaskan sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Terdapat juga kes di mana penyakit gout telah menyerang pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, mungkin disebabkan oleh kecederaan pada masa dahulu yang telah menyebabkan peredaran darah yang kurang baik.

Selain itu pesakit dengan hiperurisemia berkemungkinan mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang biasanya dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, contohnya heliks telinga. Dalam sesetengah kes, karang asid urik mampu membentuk sejenis karang ginjal.

Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.

  1. Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala

  2. Akut – Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu

  3. Interkritikal – pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.

  4. Kronik. – serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.

Sebenarnya, walaupun masih di peringkat awal, penghidap penyakit gout perlulah segera mendapatkan ubat gout samada daripada hospital ataupun menggunakan ubat penyakit gout yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.

Share

One thought on “Penyakit Gout, jangan pandang remeh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *