Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Penyakit kulit macam-macam jenis ada

with 4 comments

Penyakit kulit mempunyai beberapa jenis. Di sini dibincangkan 3 daripada jenis-jenis penyakit kulit iaitu folikutis, penyakit ekzema dan kudis buta.

Folikutis

Folikutis adalah penyakit kulit yang disebabkan oleh serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Penyakit kulit ini biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Gejala penyakit kulit ini biasanya terhad kepada rasa gatal dan pedih. Penghidap akan berasa pedih apabila rambut atau janggut dicabut.

Untuk merawat penyakit kulit ini, minyak merkuri berammonia disapu pada bahagian kulit yang dijangkiti. Ubat antibiotik juga boleh digunakan jika perlu.Sekiranya penyakit kulit ini tidak dirawat, folikulitis akar menjadi kronik dan berlanjut untuk bertahun-tahun.

Penyakit ekzema

Penyakit ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit kulit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak.

Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit merekah. Penyakit ekzema tidak boleh diubati. Rawatan ekzema cuma untuk melegakan rasa ketidakselesan pesakit bagi mencegah jangkitan sekunder penyakit kulit ini .

Kudis Buta

Sejenis penyakit kulit berjangkit yang disebabkan oleh tungau. Tungau betina menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka kepada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan , permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat.

Penyakit kulit ini akan menyebabkan keadaan sangat gatal dan kulit akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tidak dirawat, penyakit kulit ini boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain. Tungau berjangkit melalui sentuhan tubuh dengan orang yang mengidap kudis buta atau dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

Testimoni minyak kelapa dara untuk penyakit kulit

1) Ekzema

Kita merancang Allah yang menentukan. Ibubapa manakah yang sanggup melihat anak yang di lahirkan dan di besarkan mengalami penyakit yang memeritkan. Usaha dan tenaga dikerah mencari penawar. Beratus pakar dan habis wang simpanan tapi tiada penawar untuk penyakit eczema bagi anak-anaknya. Dan kebetulan,seorang pakar memintanya mencari minyak kelapa dara sebagai alternatif terakhir.

Dari tahun 2004 beliau mencari tapi pada tahun 2006 barulah beliau berjumpa dengan Bioasli setelah di perkenalkan oleh adik iparnya. Kini,En.Azhar boleh tersenyum gembira kerana anak-anaknya telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dan tahap kesihatan keluarganya turut bertambah baik.

2) Psoriasis

Minyak kelapa dara di akui oleh pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia sebagai anti bakteria,protozoa,kulat dan sebagainya yang sering menjadi punca penyakit kulit seperti psiorisis dan eczema. Banyak bukti telah di jumpai dan Bioasli juga telah menerima banyak feedback dari pelanggan yang menghidapi penyakit kulit seperti cik di sebelah ini dan setelah menggunakan produk minyak kelapa dara menjadi semakin sembuh dan baik.

Penghidap psiorisis ini telah sembuh setelah menggunakan minyak kelapa dara dalam hanya beberapa bulan dengan kerap dan konsisten. Dan hasilnya kini beliau tidak lagi risau dengan kulitnya.

Maklumat lanjut klik link di bawah

–> http://penyakitkulit.net/ <–

Share

4 Responses to 'Penyakit kulit macam-macam jenis ada'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Penyakit kulit macam-macam jenis ada'.

  1. [...] ini berlaku, pastikan mendapat rawatan penyakit kulit yang sebaiknya sebelum menjadi lebih [...]

  2. [...] psoriasis, rawatan psoriasis — shuk @ 1:12 pm Tweet Penyakit psoriasis merupakan penyakit kulit yang kronik, tidak berjangkit serta mempunyai ciri-ciri seperti tompok yang merah, tebal dan [...]

  3. [...] yang tidak memahami penyakit pada kulit ini akan menjauhi diri dari pesakit menjadikan pesakit terasing dan [...]

  4. [...] kulit serta pencegahannya Penyakit kulit yang dibincangkan dalam artikel ini adalah penyakit pada kulit yang biasanya tidak berbahaya atau [...]

Leave a Reply