MEMANG rimas jika kita sering mengalami gejala selesema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata dan kepala, terutama pada waktu pagi. Manakala tekak pula terasa bagai dipenuhi kahak. Jika anda mengalami gejala ini hampir setiap hari, ia mungkin menunjukkan tanda – tanda resdung (sinusitis) .
Resdung (Sinusitis) ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Resdung (Sinusitis) juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.
Pada tulang tengkorak kita ada beberapa lubang berisi udara dan diselaputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.
Resdung (Sinusitis) adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80 peratus didapati ada mengalami masalah sinusitis ringan yang tidak perlu apa-apa rawatan.
Di Amerika Syarikat contohnya, dianggarkan 37 juta rakyatnya mengalami masalah resdung setiap tahun dan jumlah ini dijangka lebih tinggi kerana gejala sinusitis akibat jangkitan bakteria sering disalah anggap sebagai selesema atau alahan dan ramai tidak berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Sama juga halnya di Malaysia. Dianggarkan 60 hingga 65 peratus rakyat negara ini ada masalah resdung . Bagaimanapun, daripada jumlah ini kurang daripada 50 peratus datang mendapatkan rawatan dan ramai memilih kaedah tradisional untuk ‘menghilangkan’ keradangan sinus.
Ruang sinus kita secara semula jadinya diselaputi mukus (lendir) sebagai perlindungan. Mukus yang terkumpul ini dialirkan ke dalam saluran hidung supaya ruang sinus sentiasa bersih. Apabila kita selesema atau mendapat serangan alahan, sinus mengalami keradangan dan tidak dapat mengalirkan mukus. Pengumpulan mukus ini menyebabkan hidung tersumbat dan boleh mengundang jangkitan bakteria.
Menurut Perunding Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak — Kepala dan Leher, Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Dr Mohd Husni Ahmad, sinusitis boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu akut (berlaku dalam tempoh pendek) dan kronik. Bagaimanapun, sinusitis kronik adalah lebih lazim dan boleh boleh berlaku kepada sesiapa saja pada semua peringkat umur. kesan resdung , lebih lanjut
===>Rawatan resdung Mai Secawan


sylvia indrawati says:
April 28, 2008, 5:21 amResdung : risiko dan bahaya | Resdung | Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit says:
[...] pengetahuan anda, masalah resdung boleh menyebabkan kecacatan. Pembedahan terpaksa dilakukan, jika penyakit resdung dalam keadaan [...]
November 22, 2008, 3:37 amResdung pengenalan | Resdung | Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit says:
[...] Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk menggambarkan pelbagai penyakit hidung. Salah satu punca gejala penyakit resdung adalah akibat jangkitan bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya. [...]
November 25, 2008, 3:46 pmkyma says:
Saya salah seorang pesakit resdung yang sangat rimas dengan sakit ini. Hidung saya yang tersumbat menyebabkan saya sukar untuk bernafas terutama pada waktu malam dan ia melibatkan saluran telinga seperti tersekat. saya sangat ingin tahu bagaimana untuk mengubati sakit ini.
August 27, 2010, 9:17 am