5 Petua Ubat Tradisional Darah Tinggi

Share

Hypertensi atau Tekanan darah tinggi adalah penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukan peratus kejadian penyakit ini adalah 32.3%.

Tekanan darah tinggi adalah apabila tekanan darah mencapai di atas 140/90 mmHg. Tekanan darah di ukur dengan menggunakan merkuri, maka unit yang digunakan adalah mmHg. Terdapat dua bacaan pada tekanan darah, yang atas adalah tekanan sistolik manakala yang bawah adalah tekanan diastolik yang masing-masing menunjukkan tekanan darah sewaktu jantung mengepam darah dan sewaktu jantung berehat.

Ubat tradisional darah tinggi

Di bawah adalah antara ubat tradisional darah tinggi yang boleh dicuba. Mungkin ada antaranya akan menjadi ubat darah tinggi paling mujarab untuk anda.

1. Sediakan satu batang pokok belimbing tanah. Rebus dan minum airnya dua kali sehari.

2. Ambil satu mangkuk bulu jagung. Rebus bersama dua gelas air. Biarkan ia mendidih hingga airnya tinggal lebih kurang satu gelas.

Minum air rebusan bulu jagung tersebut sebanyak 2 kali pada hari pertama, sekali pada hari kedua, 2 kali pada hari ketiga, sekali pada hari keempat dan seterusnya silih berganti setiap hari. Jika diamalkan berpanjangan dengan izin Allah paras darah tinggi akan mula menurun.

3. Ambil tujuh pelepah daun cermai. Rebus dengan satu liter air. Sebaik saja air mendidih cepat-cepat keluarkan daun tersebut.

Bila dah sejuk sedikit, minum air rebusan tu dua kali sehari. Cuba tanya doktor samada terdapat perbezaan, sebelum dan sesudah mengamalkan petua berkenaan.

4. Ambil satu gelas air kelapa muda. Campurkan sedikit kopi dan sebuku garam jantan. Kacau hingga sebati dan minum. Cuba amalkan dua kali seminggu untuk menurunkan kembali paras darah tinggi.

5. Amalkan makan dua ulas bawang putih setiap hari selama seminggu dan lihat hasilnya. Bawang putih tu perlu dibakar terlebih dahulu.

Satu cara lagi ialah ambil tiga ulas kecil bawang putih. Tumbuk dan campurkan ke dalam segelas air masak. Kendian minum setiap hari selepas bersarapan. Amalkan setiap hari selama seminggu. Dikatakan hasilnya sangat berkesan, insyaAllah. Selain itu, boleh juga mencuba ubat darah tinggi tradisional yang ada dipasaran.

>> ubat darah tinggi mujarab <<

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *