PUNCA sakit jantung part 2

Share

Kali ini saya ingin sambung mengenai punca penyakit jantung . Sebelum ni dah diceritakan dua punca sakit jantung dan sekarang saya sambung tiga lagi.

3. Pencemaran udara – Udara tercemar boleh juga menjadi antara punca sakit jantung . Meskipun ini adalah merupakan satu perkara yang sukar dikawal, tetapi kita boleh cuba untuk mengelakkan keadaan ini dengan cuba mengurangkan aktiviti di tempat-tempat yang pencemarannya agak tinggi seperti di bandar dan sebagainya 

(4) Emosi yang terganggu- emosi yang tidak stabil juga boleh menjadi punca sakit jantung. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa orang yang keadaan emosi negatif akan menyumbang sebanyak lebih dari 7% terhadap sakit jantung . Emosi tidak stabil meningkatkan kadar pengeluaran hormon adrenalin, kadar degupan jantung, serta kelekitan sel darah merah dan jika kesemua faktor ini digabungkan, ia akan menjadi punca sakit jantung .

(5) Seks- Pasti mengejutkan seks turut menjadi faktor yang boleh menyebabkan punca penyakit jantung. Risiko ini biasanya hanya akan dihadapi oleh seseorang yang jarang melakukan senaman. Ini adalah kerana ketika seks, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat. Jikalau kita tidak mengamalkan senaman, kesan ini adalah sama seperti apabila anda melakukan senaman secara mendadak.

Share

One thought on “PUNCA sakit jantung part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *