Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Resdung punca nafas berbau ?

with 3 comments

Share

Masalah-masalah yang berpunca dari bahagian-bahagian badan seperti hidung, sinus, tekak, gigi, ruang mulut, paru-paru ataupun perut boleh menyebabkan nafas kita berbau. Ini kerana bahagian-bahagian tersebut mempunyai kaitan dengan ruang pernafasan.

Sinus yang merupakan salah satu daripada bahagian-bahagian tersebut, boleh menyebabkan nafas berbau apabila dijangkiti kuman. Bahagian ini merupakan ruang kosong pada bahagian tengkorak yang berhubung dengan ruang hidung.

Bila dijangkiti kuman, kahak kuning atau kehijauan akan mengalir ke ruang hidung yang kemudiannya akan menitis ke belakang tekak. Ini seterusnya menyebabkan pelbagai masalah dari sakit kepala, hidung tersumbat, sakit tekak, serak suara mahupun nafas berbau.

Punca lain ialah rinitis yang merupakan bengkak pada tisu bahagian hidung. Ia juga boleh dikatakan sebagai
inflamasi atau radang pada membran mukus. Ini berpunca dari alahan atau infeksi pada bahagian hidung atau rongga sinus.

Sebagai langkah kesihatan, jika simpton – simpton di atas dikesan, seseorang itu perlu segera berjumpa dengan pakar telinga, hidung dan tekak (ENT) untuk membuat pemeriksaan secara betul ke atas ruang hidung, sinus, mulut dan tekak supaya punca nafas berbau ini dapat dikesan dan diubati.

===> Rawatan resdung

Share

3 Responses to 'Resdung punca nafas berbau ?'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Resdung punca nafas berbau ?'.

  1. [...] INDIVIDU BERISIKO MENDAPAT RESDUNG [...]

  2. assalam, saya penghidap resdung (nafas berbau), telinga gatal namun jerawat tidak terlalu. saya amat tertekan dengan masalah ini, saya malu untuk berbual walaupun saya kerap membersihkan gigi serta berkumur. mohon penjelasan tuan/puan bagi membantu masalah saya.
    tq.

    nur

    28 Mar 12 at 12:34 pm

  3. Salam

    Boleh cuba produk kami di:

    http://www.rawatan-resdung.com

    admin

    7 Apr 12 at 3:48 pm

Leave a Reply