Penyakit darah tinggi
May 28, 2009 | Leave a Comment
Penyakit darah tinggi merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu menghadapi peningkatan tekanan darah di atas garisan normal yang biasanya ditunjukkan oleh angka systolic (bagian atas) dan angka bawah (diastolic) semasa pemeriksaan tekanan darah yang menggunakan alat pengukur tekanan darah baik yang berupa cuff air raksa (sphygmomanometer) ataupun yang menggunakan alat-alat digital yang lain.
Angka normal tekanan darah bagi seseorang yang mempunyai ukuran tinggi badan, berat badan, tingkat keaktifan normal dan kesihatan secara umum adalah pada 120/80 mmHG. Dalam aktiviti sehari-hari, tekanan darah normalnya biasanya adalah pada nilai angka stabil. Tetapi secara umum, angka pemeriksaan tekanan darah akan menurun semasa tidur dan akan meningkat pada waktu beraktiviti atau berolahraga.
Apabila seseorang itu menghadapi tekanan darah tinggi dan tidak mendapatkan ubat darah tinggi dan pengawalan secara teratur, maka perkara ini mungkin boleh membawa penderita kepada keadaan-keadaan yang serius dan kadangkala boleh menyebabkan kematian. Tekanan darah tinggi yang berterusan juga boleh menyebabkan jantung seseorang itu bekerja lebih keras, yang akhirnya boleh membawa kepada keadaandimana terjadinya kerosakan pada pembuluh darah jantung, ginjal, otak dan mata. Penyakit darah tinggi ini juga merupakan penyebab umum terjadinya stroke dan serangan jantung.
Tekanan darah tinggi atau Hipertensi dikenali dengan 2 jenis klasifikasi, iaitu Hipertensi Primary dan Hipertensi Secondary :
Hipertensi Primary
Hipertensi Primary merupakan suatu keadaan dimana terjadinya tekanan darah tinggi sebagai akibat dari gaya hidup seseorang dan faktor persekitaran. Seseorang yang mempunyai cara pemakanan tidak dijaga dan menyebabkan terlebihnya berat badan atau mungkin obesiti, merupakan pencetus awal untuk seseorang itu terkena penyakit darah tinggi.
Begitu pula sesorang yang berada dalam persekitaran atau keadaan stress sangat mungkin terkena penyakit tekanan darah tinggi, termasuk orang-orang yang kurang beriadah pun boleh mengalami tekanan darah tinggi.
Hipertensi Secondary
Hipertensi secondary adalah suatu keadaan dimana terjadinya peningkatan tekanan darah tinggi sebagai akibat daripada seseorang itu menderita penyakit lainnya seperti kegagalan jantung, kegagalan ginjal, atau kerosakan sistem hormon tubuh. Selain itu,bagi Ibu yang mengandung, tekanan darah secara umumnya akan meningkat pada waktu kehamilan berusia 20 minggu. Terutama pada wanita yang berat badannya di atas normal atau gemuk.
Pregnancy-induced hypertension (PIH), ini merupakan istilah perubatan bagi wanita hamil yang menderita tekanan darah tinggi. Keadaan Hipertensi pada ibu mengandung adalah sederhana ataupun tergolong parah/berbahaya, Seorang ibu hamil dengan tekanan darah tinggi boleh mengalami Preeclampsia pada masa kehamilannya itu.
Preeclampsia adalah keadaan seorang wanita hamil yang mengalami tekanan darah tinggi, sehingga merasakan kesan seperti pening, sakit kepala, gangguan penglihatan, sakit perut, muka yang membengkak, kurang nafsu makan, mual bahkan muntah. Apabila terjadi kekejangan sebagai kesan darah tinggi maka disebut Eclamsia.
—> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
Buah Pinggang jangan dilupa
November 12, 2008 | 1 Comment
Salah seorang Pakar perunding nefrologi, Dr S Prasad Menon menyarankan agar kita menjalani ujian buah pinggang bila tiba hari jantung sedunia, kerana apabila fungsi buah pinggang mengalami kerosakan, risiko penyakit kardiovaskular pun bermula. Penyakit kardiovaskular juga menyumbang lebih daripada 50% kematian di kalangan pesakit buah pinggang kronik.Risiko kematian akibat strok, serangan jantung atau penyakit kardiovaskular bagi orang dewasa yang menghidapi kegagalan buah pinggang peringkat akhir meningkat kepada 10 hingga 30 kali.
Menurut Dr S Prasad lagi, ada perkaitan antara jantung dan buah pinggang, dan kaitan ini di namakan sindrom buah pinggang - jantung atau sindrom jantung - buah pinggang di mana pada asasnya, mencadangkan organ organ lain boleh terjejas secara akut atau kronik akibat dari penyakit akut atau kronik yang berlaku pada jantung atau buah pinggang. Jadi, ini bermakna, jika anda melindungi jantung, anda boleh melindungi buah pinggang dan jika anda melindungi buah pinggang, anda boleh melindungi jantung.
Bagaimana jantung dan buah pinggang berkait antara satu sama lain? Menurut Dr.Prasad, buah pinggang juga berfungsi mengawal tekanan darah. Kerosakan fungsi buah pinggang boleh mengganggu tekanan darah. Tekanan darah tinggi juga boleh menambah kerosakan buah pinggang, selain merosakkan saluran darah dan meningkatkan risiko strok dan serangan jantung.
Fungsi rembesan hormon dan penyingkiran air dari badan oleh buah pinggang juga terganggu. Ini boleh menyebabkan bengkak akibat pengumpulan air. Faktor-faktor ini meningkatkan isipadu darah dan fungsi jantung menjadi lemah kerana jantung perlu mengepam darah dengan lebih banyak untuk keperluan seluruh badan. Lama kelamaan, jantung gagal berfungsi. Bagi Dr S Prasad kaitan penyakit jantung dan buah pinggang ini dinamakan dengan ‘pam dan tapis’ kerana jantung mengepam darah ke seluruh badan termasuk untuk kegunaan buah pinggang dan buah pinggang menapis darah. Jika pam rosak maka buah pinggang tidak dapat menjalankan fungsinya sebagai penapis. Maka kedua-dua organ ini perlulah dijaga dengan baik.
Orang awam kini telah mempunyai kesedaran tentang risiko risiko klasik kardiovaskular, jadi mereka mereka berusaha untuk menjaga berat badan, tekanan darah, paras kolesterol gula dalam darah. Merokok meningkatkan risiko penyakit jantung, juga penyakit buah pinggang. Kerosakan pada buah pinggang selalu juga ditandai oleh paras glukosa dan kolesterol dalam darah. Maka, menurut Dr S Prasad lagi, pemeriksaan buah pinggang adalah amat perlu bila seseorang itu berada dalam keadaan ini. Dr S Prasad berpendapat bahawa setiap orang perlu menjalani pemeriksaan tahunan fungsi buah pinggang melalui ujian kehadiran albumin dalam air kencing, sebagai salah satu cara mencegah penyakit kardiovaskular.
Kebanyakan kes pesakit buah pinggang kronik, mereka tidak menyedari penyakit yang mereka hidapi kerana simptom penyakit buah pinggang biasanya muncul pada peringkat yang lebih teruk. Kata dr S Prasad lagi, 10 peratus daripada masyarakat awam menjalani kehidupan harian sambil tidak menyedari fungsi buah pinggang mereka makin merosot setiap hari dan menunggu masa simptom keterukan penyakit buah pinggang muncul seumpama bom jangka. Risiko strok, serangan jantung atau risiko lain penyakit berkaitan yang teruk menjadi tinggi bagi individu yang seperti ini. Dr S Prasad menyarankan agar masyarakat menjalani ujian kehadiran albumin dalam air kencing pada hari jantung sedunia kerana merupakan langkah yang baik. Pengesanan awal adalah yang terbaik, kerana risiko mendapat serangan jantung adalah satu kepastian jika anda penghidap penyakit buah pinggang. Pengesanan awal adalah jauh lebih baik berbanding perlu menjalani dialisis seumur hidup kerana kegagalan buah pinggang peringkat akhir dan sentiasa ketakutan terhadap kematian pramasa akibat penyakit kardiovaskular.
Kepada anda semua, sayangi jantung anda, sayangi buah pinggang anda . jangan biarkan kesengsaraan berlaku akibat kealpaan and sendiri.
Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 2
May 27, 2008 | 3 Comments
Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini, jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali normal.
“Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi tiroid,” katanya.
Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui, ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.
“Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet, minum arak dan merokok.
“Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah iaitu umur - semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina,” katanya.
Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan ubat.
Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga untuk mengawal tekanan darah tinggi.
“Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi perlu mengambil dua biji pil atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.
“Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai Exforge® keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan,” katanya.
Info
Panduan sasaran tekanan darah
Darah tinggi pembunuh senyap
May 7, 2008 | 1 Comment
—> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan’ ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan’ yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat’ untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.
Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 2
April 21, 2008 | Leave a Comment
–> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini, jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali normal.
“Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi tiroid,” katanya.
Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui, ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.
“Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet, minum arak dan merokok.
“Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah iaitu umur - semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina,” katanya.
Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan ubat.
Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga untuk mengawal tekanan darah tinggi .
“Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi perlu mengambil dua biji pil atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.
“Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai Exforge® keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan,” katanya.
Info
Panduan sasaran tekanan darah
- 140/90 mm Hg atau kurang - Jika anda orang dewasa yang sihat
- 130/80 mm Hg atau kurang - Jika anda pesakit ginjal kronik, diabetes atau masalah koronari arteri atau berisiko terhadapnya.
- 120/80 mm Hg atau kurang - Jika jantung anda tidak mengepam seperti sepatutnya kerana masalah jantung atau masalah ginjal sangat kronik.
Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 1
April 17, 2008 | 1 Comment
Pesakit boleh diserang komplikasi kardiovaskular yang membawa maut
DI SELURUH dunia, kegagalan mengawal masalah tekanan darah tinggi kerap menjadi punca penyakit kronik seperti kardiovaskular dan masalah ginjal.
Laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2002 menyebut, setiap tahun 5 juta kematian pra matang dicatatkan di seluruh dunia berpunca daripada tekanan darah tinggi .
Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Perunding Kardiologi, Datuk Dr Khoo Kah Lin, berkata senario yang sama juga berlaku di negara ini dan dianggarkan seorang daripada tiga warga Malaysia berusia 30 tahun ke atas berhadapan dengan masalah tekanan darah tinggi .
Bagaimanapun, katanya hanya enam daripada 100 pesakit berupaya mengawal masalah mereka.
“Pada peringkat global, tujuh daripada 10 pesakit tekanan darah tinggi tidak berupaya mengawal penyakit ini. Masalahnya, tanpa kawalan dan rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi kardiovaskular seperti serangan jantung, strok selain masalah buah pinggang,” katanya.
Dr Khoo berkata, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi adalah golongan pesakit yang paling gagal mengawal keadaan itu.
“Bacaan tekanan darah diukur dalam milimeter merkuri (mm Hg) dan memiliki dua nombor. Nombor pada bahagian atas adalah ukuran tekanan dalam arteri apabila jantung berdegup (systolic pressure), manakala nombor di bawah adalah ukuran tekanan arteri di antara degupan (diastolic pressure).
“Keadaan yang didefinisikan sebagai masalah tekanan darah tinggi terjadi apabila ia mencecah 140/90 mmHg atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, apabila tekanan darah tinggi tidak dikawal, ia akan menjejaskan keupayaan seseorang untuk berfikir, mengingat dan belajar.
“Masalah kognitif dan otak (dementia) adalah antara keadaan yang biasa dialami mereka yang tidak mengawal tekanan darah tinggi dengan baik.
“Ia juga secara tidak langsung menjadi punca kes kematian dan kemerosotan kualiti hidup disebabkan oleh serangan jantung, strok dan kegagalan ginjal,” katanya.
Beliau berkata, dalam satu kajian didapati risiko kematian disebabkan serangan jantung secara langsung dikaitkan dengan tekanan darah tinggi. Lebih tinggi kadar tekanan darah anda, lebih tinggi juga risiko yang anda hadapi.
Darah tinggi: Pembunuh Senyap
April 5, 2008 | 1 Comment
Mengikut kajian yang dijalankan di Malaysia pada 2007, lebih 30 peratus daripada penduduk negara ini menghidap tekanan darah tinggi dan sebilangan besar penghidap terdiri daripada kaum Melayu, tidak kira di bandar atau desa.
Ini dengan secara tidak langsung menunjukkan cara hidup di bandar dan di desa tidak banyak perbezaan di samping faktor genetik juga berkemungkinan memainkan peranan yang besar.
Penyakit ini melibatkan lebih kurang lima hingga enam juta rakyat Malaysia dan bilangan kes makin meningkat disebabkan gaya hidup moden zaman kini.
Penyakit Darah Tinggi
March 21, 2008 | 1 Comment
Mencegah adalah amalan yang lebih baik daripada mengubati. Pengambilan pemakanan yang berasaskan kepada alam semulajadi akan menjadikan kita lebih sihat dan akan mengurangkan risiko mendapat serangan penyakit dan jangkitan seperti penyakit darah tinggi.
Tekanan darah adalah merupakan tekanan yang akan dikenakan pada pembuluh arteri semasa berlakunya peredaran darah yang disebabkan denyutan jantung. Penyakit darah tinggi adalah merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.
Kadar tekanan darah biasanya tidak sama sepanjang masa. Tekanan darah sering berubah-ubah mengikut keperluan badan kita. Jika tekanan darah tinggi, doktor akan memeriksa semula tekanan darah pesakit untuk beberapa kali untuk menentukan kadar tekanan darah yang sebenar.
Bagaimana Tekanan Darah Diukur?
Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.
Tekanan Darah berubah-ubah
Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.
Apakah dia tekanan darah tinggi?
Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.
Akibat tekanan darah tinggi
Tekanan darah tinggi secara berkekalan beleh mendatangkan komplikasi seperti berikut
- serangan jantung
- angin ahmar
- kegagalan jantung
- kerosakan buah pinggang
Memastikan tekanan darah optima
- memeriksa tekanan darah anda secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun atau lebih kerap bergantung kepada kadar tekanan darah anda
- tidak merokok - narkotin dalam rokok boleh mengakibatkan jantung berdenyut lebih cepat dan menyempitkan saluran salurnadi halus menyebabkan jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat bagi memenuhi keperluan badan anda
- kurangkan pengambilan garam - garam berlebihan dalam darah boleh menyebabkan lebih banyak air terpaksa disimpan di dalamnya dan ini mengakibatkan tekanan darah menjadi tinggi
- kurangkan lemak - lemak berlebihan akan terkumpul di sekeliling salurnadi dan menjadikannya tebal dan kejang
- kekalkan berat badan unggul
- bersenam secara berkala
- elakkan pengambilan alkohol
Pesakit buah pinggang meningkat
March 13, 2008 | 2 Comments
KUALA LUMPUR 13 Mac - Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.
“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.
Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.
Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .
Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .
Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.
- Bernama
Testimoni Susu IggPlus - Penyakit Buah Pinggang
[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Vnpy2pg0NLg&feature=related]



