Tekanan darah tinggi sukar dikawal - bhgn 2
May 27, 2008 | 3 Comments
Bagaimanapun, katanya pada sesetengah individu, tekanan darah tinggi yang dialami berpunca daripada penyakit lain. Justeru, dalam kes seperti ini, jika faktor penyebabnya dapat ditangani, tekanan darahnya akan kembali normal.
“Keadaan ini disebut sebagai tekanan darah tinggi sekunder (secondary hypertension) dan selalunya ia disebabkan oleh tumor atau penyakit lain di kelenjar adrenal, kehamilan, penggunaan pil perancang atau kegagalan fungsi tiroid,” katanya.
Beliau berkata, walaupun punca sebenar tekanan darah tinggi tidak diketahui, ada beberapa faktor yang dikaitkan sebagai risiko tekanan darah tinggi.
“Ia boleh dibahagi kepada dua bahagian iaitu faktor risiko yang boleh diubah seperti obes, tidak bersenam, terlalu banyak mengambil garam dalam diet, minum arak dan merokok.
“Bahagian kedua pula membabitkan tekanan darah tinggi yang tidak boleh diubah iaitu umur - semakin tua semakin tinggi kemungkinan diserang tekanan darah tinggi, selain faktor bangsa, sejarah keluarga dan jantina,” katanya.
Dalam mengawal tekanan darah tinggi, katanya kebanyakan pesakit memerlukan ubat.
Bagaimanapun, Dr Khoo berkata, apa yang menjadi masalah apabila seorang pesakit terpaksa mengambil lebih daripada satu pil malah ada sehingga tiga untuk mengawal tekanan darah tinggi.
“Misalnya, pesakit diabetes yang juga didiagnos dengan tekanan darah tinggi perlu mengambil dua biji pil atau lebih,” katanya.
Beliau berkata, kini pesakit tidak lagi dibebani untuk mengambil terlalu banyak pil kerana di pasaran pada hari ini terdapat terapi dua dalam satu yang juga gabungan dua ubat tekanan darah tinggi valsartan dan amlodipine.
“Kedua-dua ubat ini digabungkan dalam satu formulasi dikenali sebagai Exforge® keluaran Norvartis Corporation. Ia bukan saja membantu mengurangkan jumlah pil yang perlu diambil oleh pesakit malah membantu dari segi jumlah wang yang dibelanjakan bagi membeli ubat setiap bulan,” katanya.
Info
Panduan sasaran tekanan darah
Darah tinggi pembunuh senyap
May 7, 2008 | 1 Comment
—> Ubat darah tinggi HPA, klik sini
SALAH satu sebab mengapa penyakit darah tinggi `diabaikan’ ialah kerana ia langsung tidak menunjukkan sebarang gejala `menakutkan’ yang dapat dilihat dengan mata kasar. Pada masa yang sama, ia juga mengambil masa bertahun-tahun untuk meninggalkan kesan kepada penghidapnya.
Justeru, tidak hairanlah jika kita `kurang berminat’ untuk mempedulikan bacaan tekanan darah setiap kali menjalani pemeriksaan doktor. Malah, rata-rata juga beranggapan bahawa darah tinggi atau dalam istilah perubatannya, hipertensi ini bukanlah satu ancaman kepada kesihatan.
Tanggapan dan penilaian sebegini menyebabkan kita melakukan satu kesilapan yang cukup besar. Hipertensi, yang diklasifikasikan sebagai `penyakit senyap’ inilah sebenarnya penyumbang utama kepada banyak penyakit yang serius.


