Posts tagged ‘pakar buasir’

Testimoni buasir 1
Assalammualaikum,
Saya telah menggunakan minyak kelapa dara dah habis satu botol,
sambil memakai dan minum saya juga telah menjual kepada rakan-rakan
sepejabat, sudah lebih 12 botol saya jual. Ada juga rakan-rakan
menceritakan kebaikan BIOVCO kepada saudara-saudara pada permulaan
saya menjual mengikut harga saya. Ada seorang kawan saya nie
kebetulan terkena sakit buasir baru sakit. Buang air besar berdarah.
Kebetulan sakit tu tengah malam, faham2 ajer la.. kalau sesiapa yang
kena penyakit buasir sakit sangat, dia ambil dua sudu minyak kelapa dara
(dengan niat untuk baikan sakit buasir dan selawat) dia minum
Alhamdulilah dengan izin Allah swt baik sakitnya. Keesokan hari dia
datang ke pejabat cerita kepada saya kebaikan BioVCO dan terus jadi
ahli.
Dan juga saya mencuba pada diri saya untuk jeragat dan jerawat
Alhamdulilah sudah menampak kesan dan saudara-saudari pengguna cuba
la…BIOVCO tapi niat dan selawat dalam hati mudah-mudahan dengan
izin allah ianya akan mujarab… InsyaAllah.
Nanti saya akan ceritakan lagi kepada saudara-saudari kerana
sekarang saya sudah ada 12 org pengguna di pejabat saya.
sekian, terima kasih, jumpa lagi
Nor Zihan Harun
kuantan
Pahang
—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—
Posted by admin on November 4, 2008 at 3:26 am under Buasir.
Tags: Buasir, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, masalah sembelit, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, Sembelit, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, testimoni buasir, ubat buasir
2 Comments.

Buasir merupakan benjelon yang berlaku di selaput lendir rektum ataupun pada kulit dubur. Masalah sembelit merupakan antara punca terjadinya buasir teruatamanya berlaku apabila seseorang itu mengerang untuk proses pembuangan air besar. Keadaan ini juga berlaku pada wanita yang mengerang untuk melahirkan bayi.
Kekurangan serat dan makanan pedas juga merupakan punca kepada terjadinya masalah buasir. Penderita buasir akan mengalami pedih, keluar benjolan, gatal pada rektum dan berlaku pendarahan. Ficus merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami permasalahan tersebut. Herba Ficus Callicarpa (Pokok Tengkuk Biawak) merupakan herba utama dalam produk ini.
Rawatan buasir HPA, klik sini

Posted by admin on May 11, 2008 at 3:36 pm under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
4 Comments.
SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.
Masalah sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.
“Obstipation” merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

klik di bawah untuk maklumat lanjut cara mengatasi sembelit
Posted by admin on April 1, 2008 at 1:08 pm under Buasir, Penyakit Buasir, Sembelit.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, kopi radix, mai secawan, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, produk hpa, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, Sembelit, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, testimoni buasir, ubat buasir
5 Comments.

Antara amalan seharian yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan penyakit buasir :
- Banyakkan meminum air. Paling minimum 1.5 – 2 liter sehari
- Mengamalkan cara makanan yang seimbang juga insyaallah dapat menghindari dari penyakit buasir : penekanan lebih kepada memakan makanan tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Cuba tetapkan masa penggunaan tandas. Contohnya, selepas bangun tidur setelah meminum segelas besar air.
- masalah buasir juga boleh dielakkan dengan tidak memakan makanan yang boleh menyebabkan gangguan (makanan pedas atau berempah, alkohol) atau yang boleh merangsangkan usus (kopi atau teh).
- Berjumpa doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada dubur).
—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—
Posted by admin on March 28, 2008 at 1:08 am under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
2 Comments.

HEMOROID atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus ( dubur ) dan bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar).
Ia terjadi apabila pesakit meneran ketika membuang air besar atau berlakunya tekanan yang berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut sewaktu pesakit mengandung.
Walaupun topik ini agak jarang dibincangkan, buasir merupakan satu penyakit yang biasa dialami oleh ramai orang.
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
Posted by admin on February 26, 2008 at 11:15 pm under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
2 Comments.

Ingin mengelakkan diri dari penyakit buasir ? Tiada siapa yang inginkan penyakit ini, tapi biasanya kita tak sedar kadang-kadang ada amalan kita yang boleh bawa kepada masalah buasir.
Di sini saya dedahkan antara 4 perkara yang perlu kita sama-sama elak untuk menghindari penyakit buasir:
1- Batuk, cirit-birit dan sembelit yang dialami perlu dirawat seawal mungkin. Masalah yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah buasir.
2- Jika perlu duduk dalam jangka masa yang panjang, cuba bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap 1 jam
3- Ketika mengangkat sesuatu atau ketegangan,hembuskan nafas keluar, jangan tahan nafas.
4- Amalkan tabiat buang air besar yang baik. Jangan mengambil masa yang lama dalam tandas. Pastikan najis sentiasa lembut dengan memakan makanan yang tinggi serat, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
>> rawatan buasir, klik sini
Posted by admin on February 10, 2008 at 4:39 am under Buasir, darah tinggi, jantung, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
2 Comments.

Faktor-faktor di bawah boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat buasir :
- Keturunan iaitu mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit buasir
- Wanita Mengandung
- Batuk yang melampau dan berpanjangan boleh juga membawa kepada penyakit buasir
- Meneran semasa membuang air besar
>> Maklumat lanjut buasir, klik sini
Posted by admin on February 8, 2008 at 11:43 pm under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
2 Comments.

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.
Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .
Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :
Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.
Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).
Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.
Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.
Simptom-simptom penyakit buasir ialah :
· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.
Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).
PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.
Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :
· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.
Sumber maklumat : Wanita, September 2005
Posted by admin on January 27, 2008 at 11:09 am under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, masalah sembelit, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, Sembelit, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, testimoni buasir, ubat buasir
3 Comments.
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
Sumber: Harian Metro
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
Ada orang memang suka membaca surat khabar ketika buang air besar. Kalau terdesak, serpihan akhbar semalam pun memadai, asalkan ada bahan untuk dibaca pada ‘waktu itu’. Namun ia dikatakan bukan tabiat baik kerana boleh mendorong kepada masalah buasir .
Benarkah? Apa kaitan membaca ketika buang air dengan buasir ? Orang yang suka membaca di tandas sebenarnya ada banyak masa sementara menanti ‘urusannya’ selesai. Ia menandakan perjalanan bahan buangan dalam usus mereka sangat lambat dan ia biasanya perlu dipaksa keluar.

Paksaan ini meningkatkan tekanan dalam usus sehingga menyebabkan salur darah pada bahagian dubur membengkak dan membesar.
Lama kelamaan ia akan membentuk benjolan pada dubur yang dipanggil buasir . Buasir juga ada kaitan rapat dengan sembelit, jangkitan kuman pada dubur, masalah berlebihan berat badan atau disebabkan pekerjaan yang memaksa seseorang mengangkat banyak benda berat.
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
Siapa boleh dapat buasir ? Sebenarnya ia boleh berlaku pada semua orang. Bagaimanapun, individu yang mempunyai ibu bapa buasir dikatakan ada kecenderungan mengalami masalah sama. Buasir juga kerap berlaku pada wanita mengandung dan selepas melahirkan anak. Masalah berlebihan berat badan atau obesiti juga menyebabkan buasir semakin teruk.
Tanda paling lazim jika mengalami penyakit buasir ialah:
Pendarahan (darah berwarna merah terang, sama ada pada dubur atau najis).
Berasa sakit setiap kali buang air besar.
Mengambil masa lama untuk buang air.
Sakit dan gatal pada dubur, terutama ketika duduk.
Ada benjolan lembut pada dubur. Benjolan ini boleh jadi lebih daripada satu. Pada keadaan teruk, ia mungkin terkeluar daripada dubur.Bila masanya anda perlu menjalani pemeriksaan? Segeralah berjumpa doktor jika:
Buasir kerap berulang.
Berat badan menurun tanpa sebab.
Mengalami keletihan berpanjangan (disebabkan kehilangan darah setiap kali buang air).
Tabiat buang air berubah.
Darah pada najis berwarna gelap.
Anda berasa pening setiap kali kehilangan darah ketika buang air (ia mungkin menandakan anda mengalami masalah anemia).
===> Rawatan buasir HPA, klik sini
Posted by admin on January 26, 2008 at 11:00 am under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
4 Comments.

Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir
Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.
Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.
Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.
Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.
Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.
Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.
Sumber: www.anispharmacy.com
Posted by admin on January 25, 2008 at 2:29 pm under Buasir, Penyakit Buasir.
Tags: Buasir, buasir makan, herba buasir, herba ficus, jenis buasir, klinik buasir, masalah buasir, merawat buasir, pakar buasir, penawar buasir, Penyakit Buasir, punca buasir, rawatan buasir, sakit buasir, simpton buasir, tanda buasir, tanda tanda buasir, ubat buasir
5 Comments.