Penyakit Gout dan tanda-tandanya
July 23, 2009 | 1 Comment
Penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki. Macamanapun, perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini walaupun risiko tersebut tidaklah sebesar kaum lelaki.
Antara tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki,lutut dan pergelangan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam menggigil akibat daripada kesakitan yang teruk.
Penyakit Gout biasanya berlaku akibat daripada dua faktor iaitu asid urik berlebihan dalam badan dan kedua asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.
Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan,masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.
Tanda-tanda penyakit gout menyerang
-Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki
-Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam
-Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur
Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.
Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.
Penyakit Gout ini sering berlaku pada lelaki berusia 30 tahun ke atas. Perempuan juga boleh mengalami masalah ini terutamanya selepas mengalami putus haid. Faktor keturunan juga memainkan peranan dalam risiko mendapat penyakit ini.
Rawatan gout melalui hospital atau melalui kaedah lain mungkin boleh menolong pesakit gout untuk keluar dari kengkangan penyakit ini
Penyakit Gout, jangan pandang remeh
July 19, 2009 | 1 Comment
Penyakit Gout adalah merupakan salah satu bentuk artritis yang biasanya diebabkan oleh terkumpulnya hablur-hablur asid urik di sendi-sendi. Penyakit gout ini sebenarnya terlalu menyakitkan dan pada kebanyakan kes, ia hanya menjejaskan satu sendi (monoartritis), khususnya ibu jari kaki. Perkataan “Gout” sebenarnya berasal dari perkataan Latin, “gutta” yang membawa maksud ’setitis’, oleh sebab mengikut kepercayaan pada waktu itu, penyakit gout disebabkan oleh titisan humor-humor yang mengerikan dan yang berkemungkinan mempunyai kaitan dengan ketul-ketul mendapan urat.
Pesakit-pesakit yang menghidapi penyakit gout biasanya mengalami peningkatan dalam aras asid urik atau masalah penyingkiran asid urik, atau gabungan kedua-dua masalah itu. Aras asid urik yang tinggi adalah berkaitan dengan usia, obesiti, Hiperlipidemia Jenis IV, kencing manis, penyakit jantung iskemia, serta darah tinggi. Penyakit gout juga boleh dihidapi berasakan faktor keturunan.
Penyakit gout pada kebiasaannya akan menyerang ibu jari kaki (Kes begini adalah lebih kurang 75% daripada semua serangan pertama). Penyakit gout bagaimanapun boleh juga menjejaskan sendi yang lain, seperti mata kaki, tumit, kekura kaki, lutut, pergelangan tangan, siku, jari, dan tulang belakang. Terdapat juga kes di mana penyakit gout telah menyerang pada sendi jari-jari kaki yang tidak dapat bergerak, mungkin disebabkan oleh kecederaan pada masa dahulu yang telah menyebabkan peredaran darah yang kurang baik.
Selain itu pesakit dengan hiperurisemia berkemungkinan mempunyai mendapan-mendapan hablur asid urik yang biasanya dipanggil tofus dalam tisu-tisu yang lain, contohnya heliks telinga. Dalam sesetengah kes, karang asid urik mampu membentuk sejenis karang ginjal.
Penyakit Gout sebenarnya mempunyai empat peringkat yang jelas.
-
Asimptomatik – pada peringkat ini biasanya paras asid urik plasma akan bertambah, tetapi masih tidak menunjukkan sebarang gejala
-
Akut - Serangan penyakit gout yang pertama akan menandakan peringkat ini. Serangan tidak teruk kebiasaannya akan hilang dengan cepat, manakala serangan yang teruk boleh berlangsung selama beberapa hari atau juga beberapa minggu
-
Interkritikal - pesakit tersebut kemudian masuk peringkat inter-kritikal atau jarak waktu yang bebas daripada gejala. Tempoh ini kemungkinan berlangsung selama beberapa bulan atau juga mungkin tahun. Kebiasaannya pesakit gout mengalami serangan kedua dalam enam bulan sehingga dua tahun daripada serangan pertama.
-
Kronik. - serangan penyakit gout akan menjadi kerap serta poliartikular, iaitu serangan itu pula akan membabitkan banyak sendi pada setiap masa. Tofus-tofus besar juga mungkin akan boleh didapati dalam banyak sendi. Di dalam kes gout kategori kronik yang sudah teruk, kerosakan ginjal, hipertensi, dan karang ginjal berkemungkinan boleh juga terjadi.
Sebenarnya, walaupun masih di peringkat awal, penghidap penyakit gout perlulah segera mendapatkan ubat gout samada daripada hospital ataupun menggunakan rawatan herba yang diluluskan oleh kementerian kesihatan.


