Penyakit kencing manis

October 23, 2008 | 2 Comments

ubat kencing manis

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 telah memberi petunjuk bahawa terdapat lebih kurang 8.3 peratus penduduk di Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis. Tapi apa yang kini menjadi masalah ialah masalah kencing manis yang dihadapi tidak disedari oleh separuh dari mereka

Jumlah penghidap kencing manis yang besar ini juga tidak boleh dijadikan ukuran bahawa penyakit ini adalah penyakit yang biasa dihadapi dan tidak perlu dipandang berat.

Penyakit kencing manis boleh dikatakan sebagai ibu segala penyakit. Ini kerana penyakit kencing manis boleh menjadi punca kepada penyakit yang lebih kronik yang boleh membawa maut seperti penyakit jantung, angin ahmar, penyakit kronik ginjal dan ulser kaki.

Tiada ubat yang spesifik untuk penyakit kencing manis buat masa ini. Sesetengah ubat yang diambil secara teratur
bagaimanapun boleh mengawal penyakit kencing manis. Pesakit juga dinasihatkan mengamalkan kesihatan yang betul.

Penyakit kencing manis secara asas sainsnya dikaitkan dengan kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan hormon yang dipanggil insulin. Hormon ini diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Ia dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak di bawah perut.

>> Ubat kencing manis, klik sini

Penghidap kencing manis akan mencapai 5 juta orang ?

September 13, 2008 | 4 Comments

ubat kencing manis

Mengikut Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Infrastruktur, Pengangkutan dan komunikasi Negeri, beliau telah mengingatkan tentang terdapatnya 1.8 juta atau sembilan peratus rakyat negeri ini yang sedang menghidapi penyakit kencing manis pada masa ini. Mengikut perangkaan, pada 2020, dijangka lima juta rakyat Malaysia akan menghidapi penyakit kencing manis.

Daripada statistik kes tersebut, dijangka terdapat lebih separuh akan turut memberi kesan pada organ lain yang mungkin akan mengakibatkan sakit jantung, buah pinggang, lumpuh dan rabun mata, jika sekiranya tiada rawatan diberikan. Jawapan kepada masalah ini untuk mengelakkan kesan lebih buruk ialah melalui program pencegahan awal. Disamping itu, gaya hidup sihat perlu juga diamalkan oleh masyarakat dengan mengekalkan keperluan pengambilan makanan seimbang.

Penyakit kencing manis berlaku apabila badan kita tidak dapat lagi mengawal penggunaan gula melalui cara normal yang biasanya akan menyebabkan kerosakan pembuluh-pembuluh darah di dalam tubuh. Jika ini membawa kepada kerosakan ginjal, ‘diabetic nephropathy’ akan berlaku.

Selain itu, kadar gula yang agak tinggi di dalam darah adalah merupakan antara tanda utama penyakit kencing manis. Ini berlaku hasil daripada kurangnya hormon insulin yang dihasilkan dalam pankreas. Tubuh kita tidak mampu untuk melakukan metabolisme glukosa dengan baik tanpa hormon insulin. Sedangkan proses metabolisme diperlukan agar dapat diserapkan oleh sel-sel tubuh menjadi tenaga.

>> Ubat kencing manis HPA, klik sini

Kawal diabetes, elak komplikasi

August 9, 2008 | 1 Comment

Merawat segera penyakit diabetes adalah sangat penting untuk memastikan tiada komplikasi lain terjadi akibat penyakit ini. Lebih buruk lagi, sekiranya seseorang pesakit turut menghidap ‘pakej’ penyakit lain termasuklah darah tinggi dan jantung.

Diagnosis

Diagnosis penyakit diabetes mellitus dibuat melalui ujian darah.

Paras glukos darah semasa puasa yang melebihi 7 mmol/L atau pada bila-bila masa melebihi 11.1 mmol/L merupakan paras yang dikategorikan sebagai penyakit diabetes mellitus.

Mereka yang mempunyai faktor risiko untuk mendapat penyakit diabetes dinasihatkan menjalani ujian darah dari semasa ke semasa walaupun mereka tidak mempunyai apa-apa tanda. Ini adalah kerana ada kemungkinan besar mereka menghidap penyakit ini walaupun tidak ada tanda-tanda.

Mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga dinasihatkan menjalani ujian darah kerana faktor usia di mana dengan peningkatan usia, risiko diabetes juga meningkat.

Faktor-faktor risiko

Faktor-faktor risiko penyakit diabetes ini termasuklah keturunan, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal. Sejarah keluarga yang berpenyakit diabetes akan meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit ini.

Orang yang gemuk juga berisiko tinggi dan obesiti ditakrifkan sebagai indeks jisim tubuh (berat badan (kg)/ketinggian (m2)) melebihi 30 kg/m2 atau lilitan pinggang melebihi 80 sm (wanita) dan 90 sm (lelaki).

Obesiti dan kurang aktiviti fizikal boleh mengakibatkan diabetes mellitus kerana menyebabkan rintangan insulin di mana insulin yang dikeluarkan oleh sel beta pankreas kurang berkesan untuk menurunkan paras glukos dalam darah.


Diabetes (Kencing Manis) : Komplikasi bahaya!

June 12, 2008 | Leave a Comment

Apa itu diabetes (kencing manis) ?

Diabetes atau sinonim sebagai kencing manis merupakan satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi. Ia disebabkan oleh berlakunya kekurangan insulin atau fungsi terjejas atau kedua-duanya sekali.

Apa itu insulin ?

Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas bagi mengawal paras glukosa dalam darah. Tanpanya, paras glukosa darah akan meningkat. Paras glukosa darah sentiasa tinggi menyebabkan gangguan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein dalam badan.

Tanda-tanda diabetes (kencing manis)

Kerap membuang air kecil, berasa terlalu dahaga, sentiasa lapar, penglihatan kabur, nafas berbau manis, penurunan berat badan, keletihan dan luka yang lambat sembuh.

>> Maklumat lanjut, klik sini