Posts tagged ‘testimoni buasir’

Testimoni buasir 1

Assalammualaikum,

Saya telah menggunakan minyak kelapa dara dah habis satu botol,
sambil memakai dan minum saya juga telah menjual kepada rakan-rakan
sepejabat, sudah lebih 12 botol saya jual. Ada juga rakan-rakan
menceritakan kebaikan BIOVCO kepada saudara-saudara pada permulaan
saya menjual mengikut harga saya. Ada seorang kawan saya nie
kebetulan terkena sakit buasir baru sakit. Buang air besar berdarah.

Kebetulan sakit tu tengah malam, faham2 ajer la.. kalau sesiapa yang
kena penyakit buasir sakit sangat, dia ambil dua sudu minyak kelapa dara
(dengan niat untuk baikan sakit buasir dan selawat) dia minum
Alhamdulilah dengan izin Allah swt baik sakitnya. Keesokan hari dia
datang ke pejabat cerita kepada saya kebaikan BioVCO dan terus jadi
ahli.

Dan juga saya mencuba pada diri saya untuk jeragat dan jerawat
Alhamdulilah sudah menampak kesan dan saudara-saudari pengguna cuba
la…BIOVCO tapi niat dan selawat dalam hati mudah-mudahan dengan
izin allah ianya akan mujarab… InsyaAllah.

Nanti saya akan ceritakan lagi kepada saudara-saudari kerana
sekarang saya sudah ada 12 org pengguna di pejabat saya.

sekian, terima kasih, jumpa lagi

Nor Zihan Harun
kuantan
Pahang

—> Rawatan buasir HPA, klik sini <—

Share

SEMBELIT merupakan suatu keadaan pengosongan usus yang jarang berlaku, najis atau tinja (feses) adalah keras dan kecil atau perkumuhan feses menjadi sukar.

Masalah sembelit mungkin mengakibatkan kesakitan dan jika keadaan serius, boleh mengakibatkan tanda-tanda usus yang tersumbat.

“Obstipation” merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.

cara mengatasi sembelit

klik di bawah untuk maklumat lanjut cara mengatasi sembelit

>> cara mengatasi sembelit <<


Share

 

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

>> Rawatan buasir <<

 

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Sumber maklumat : Wanita, September 2005

>> Rawatan buasir <<

Share