Ubat Resdung – Minyak kelapa dara

Share

Resdung merupakan antara penyakit yang biasa di kalangan masyarakat negara ini. Resdung juga dikenali sebagai penyakit sinusitis. Tapi yang menjadi masalah penyakit resdung ini sering dipandang remeh oleh masyarakat yang biasanya membiarkan penyakit itu bersarang tanpa mencari rawatan resdung yang sepatutnya. 

Kebiasaannya, penghidap penyakit resdung mempunyai masalah seperti kerap bersin, dengkuran yang kronik, batuk, gata-gatal hidung, tidak sedap badan, letih dan berasa sakit kepala pada waktu pagi manakala pada tahap yang kronik, penyakit resdung boleh memberi kesan kepada telinga sehingga menyebabkan seseorang itu pekak.

Apa yang lebih menakutkan, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, resdung sebenarnya boleh mengundang maut akibat masalah komplikasi pada otak.

Penyakit resdung merupakan penyakit yang berpunca oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga-rongga di bahagian dalaman tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran sangat kecil dipanggil sinus.

Pada Ishak Basiran, 39 yang menderita menghidap resdung selama 20 tahun sejak mengalami komplikasi penyakit itu sejak berada di tingkatan lima pada tahun 1986, beliau telah pernah merasai boleh dikatakan hampir semua kesan penyakit tersebut.

“Bayangkan kesukaran yang saya alami apabila hingus meleleh tanpa henti semasa pergi ke kuliah ketika berada di universiti. Sebelah tangan terpaksa memegang tisu atau sapu tangan untuk mengelap hingus ketika menduduki peperiksaan,” kata bekas jurutera kanan syarikat multinasional Jepun dan Korea itu yang kini telah bergelar usahawan.

Ketika itu, Ishak selalu mengalami bersin pada waktu pagi, ketika cuaca sejuk dan semasa terkena kipas angin. Ini menyebabkan mata menjadi gatal dan berair serta sakit kepala. Pada masa yang sama juga beliau berasa malu akibat nafas yang berbau.

Disebabkan tidak tahan dengan penyakit itu, Ishak bertekad pergi berjumpa doktor pakar tekak, hidung dan telinga (ENT) di hospital swasta di Jalan Pelabuhan Klang, Selangor yang mengesyorkan agar beliau menjalani pembedahan. Nasihat tersebut terpaksa ditolak kerana beliau belum bersedia.

===> ubat resdung HPA, klik sini

Dan selepas itu, pada sekitar pertengahan tahun 1999, salah seorang rakannya memberi cadangan agar beliau mengambil suntikan diprospan di sebuah klinik swasta di Sabak Bernam. Rakannya itu juga menghidap resdung dan selepas disuntik setiap 30 hingga 40 hari ianya dapat mengawal alahan resdung.

Kesan sampingan

Bila memikirkan bahawa suntikan merupakan alternatif terbaik untuk masalah resdung tersebut jika dibandingkan pembedahan pada masa itu, Ishak terus mengambil suntikan diprospan dari tahun 1999 sehingga 2005. Dalam tempoh berkenaan, Ishak telah dapat mengurangkan komplikasi resdung namun telah berdepan dengan kesan sampingan suntikan tersebut.

“Setelah bertahun lamanya mengambil suntikan bagi mengurangkan resdung itu, pada suatu hari seorang doktor pelatih menasihati saya mencari ubat alternatif lain kerana kesan sampingan jangka panjang diprospan boleh mengakibatkan reput tulang, kerosakan buah pinggang dan pankreas,” kata ayah kepada dua putera dan seorang puteri ini.

Selain dari itu, mengikut Ishak, doktor pelatih tersebut telah memberitahunya jika suntikan mengurangkan resdung itu diambil dengan cara berterusan selama bertahun-tahun, terdapat pula kemungkinan mendapat risiko menghidap darah tinggi dan kencing manis kerana diprospan ialah dadah steariods yang dihasilkan secara sintetik bagi membantu menguatkan daya tahan penyakit atau antibodi.

Pada masa kebingungan tersebut, Ishak terus teringat bahawa beliau pernah disahkan mendapat penyakit darah tinggi sekitar tahun 2003 sehingga doktor mewajibkan beliau untuk makan ubat atnolol 50 gram sehari untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Ishak terpaksa mempercayai bahawa tekanan darah tinggi yang beliau hadapi berkemungkinan besar berhubung kait secara langsung dengan suntikan diprospan untuk masalah resdung itu kerana ibu bapanya tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis sebelum ini.

Pada awal tahun 2005, Ishak telah berdepan dengan satu lagi masalah apabila telah mengalami masalah keguguran rambut yang boleh menyebabkannya menjadi botak jika tidak dirawati.

Allah Taala Maha Kaya. Akhirnya dalam satu majlis kahwin di Sabak Bernam, Selangor, Ishak telah ditemukan dengan seorang kawan lama yang pada suatu ketika dahulu berkepala botak tetapi pada ketika itu sudah berambut walaupun masih jarang-jarang.

“Beliau mengesyorkan agar saya menggunakan minyak kelapa yang beliau gunakan dan hasilkan sendiri dan setelah tiga bulan mencuba, masalah rambut gugur semakin berkurangan,” tambah beliau.

Ishak yang teruja dengan keputusan penggunaan minyak kelapa dara terus membuat kajian demi kajian secara sendiri dan telah mendapati minyak yang dipakai itu ialah minyak kelapa dara yang dapat membantu meningkatkan tahap metabolisma dan daya tahan penyakit.

Minyak kelapa itu juga, jika disapukan pada kulit boleh juga membunuh berbagai-bagai jenis virus, bakteria, kulat dan protozoa selain dari membuatkan kulit menjadi lebih halus dan segar.

Tanpa menoleh ke belakang lagi, sejak bulan Oktober 2005, Ishak telah meminum minyak tersebut secara harian iaitu dua sudu teh selepas sarapan pagi dan dua sudu teh lagi selepas minum petang.

===> ubat resdung HPA, klik sini

Share

   One Comment


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *