5 petua elak berlaku tekanan darah tinggi

Share

Tekanan Darah tinggi (Hypertension).

Tekanan darah tinggi atau hypertension juga dikenali sebagai “silent killer”atau pembunuh senyap kerana ia tidak memberikan tanda-tanda symptom atau amaran seperti sakit gigi ataupun sakit belakang. Sekiranya tidak dirawat, ia boleh membawa risiko serangan jantung, strok, penyakit buah pinggang dan demensia. Faktor-faktor yang mempengaruhinya termasuklah faktor seperti sejarah keluarga, umur, etnik dan gaya hidup seseorang tersebut.

Tekanan darah yang sihat adalah pada paras 120/80 mm Hg atau lebih rendah.
140/90 mm Hg digunakan sebagai indikator untuk tekanan darah tinggi, tidak mengira usia seseorang itu. Angka pertama adalah tekanan sistolik iaitu tekanan apabila jantung mengalirkan darah ke seluruh tubuh anda.Angka kedua ialah tekanan diastolik iaitu tekanan ketika dalam keadaan rehat.

 

Ubat darah tinggi berasaskan AIR ZAM ZAM

–> www.klik4sihat.com/ubatdarahtinggi <–

Petua elak penyakit darah tinggi

1. Langkah pertama adalah membuat perubahan kecil seperti mengawal pengambilan nasi. Ini kerana karbohidrat menyumbang kepada penyakit diabetes dan obesiti yang secara langsung meningkatkan peluang mendapat tekanan darah tinggi.

ubat darah tinggi

2. Dapatkan tidur secukupnya. Sekiranya mengalami masalah berdengkur, berkemungkinan besar seseorang itu menderita apnea tidur dan penyakit itu berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Elak membawa kerja pejabat pulang ke rumah atau di tempat tidur. Matikan tablet, telefon, televisyen dan sebarang peranti kerana ia boleh menyebabkan kualiti tidur yang rendah.

3. Rendahkan stres dengan belajar untuk mengurus stres. Sentiasa meletakkan matlamat yang munasabah untuk mengelakkan tekanan yang tidak perlu. Cuba tenangkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk kurangkan tekanan darah.

4. Kurangkan juga pengambilan garam kerana ia tidak baik untuk kesihatan. Pengambilan garam sebanyak enam gram sehari sudah cukup dan elakkan sebarang perasa tiruan. Memasak di rumah adalah langkah yang terbaik kerana kita boleh mengawal jumlah garam  yang digunakan dan dapat mengelakkan perasa tiruan dalam makanan.

5. Berusahalah untuk berhenti merokok. Sebatang rokok boleh meningkatkan tekanan darah sebanyak 5-10mmHg dalam masa 30 minit. Berfikirlah sebelum memulakan satu sedutan rokok

Di atas antara petua yang boleh anda amalkan untuk mengelakkan berlakunya penyakit darah tinggi dan juga untuk mengawal darah tinggi. Jika telah menghidapi penyakit ini, dapatkan juga rawatan darah tinggi yang sesuai.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *