6 Petua Merawat Darah Tinggi

Share

Apa itu penyakit darah tinggi ?

Penyakit darah tinggi ialah apabila tekanan darah keatas dinding arteri berlebihan. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal boleh menyebabkan berbagai masalah kesihatan, termasuk masalah jantung dan strok.

Tekanan darah ditentukan oleh jumlah darah yang di pam oleh jantung dan jumlah rintangan arteri disebabkan arteri yang semakin sempit. Semakin banyak darah dipam dan semakin sempit arteri, semakin tinggilah tekanan darah sesaorang.

 

Ubat darah tinggi berasaskan air zam zam

>> ubat darah tinggi <<

 

PUNCA TEKANAN DARAH TINGGI

Hampir 90% pengidap hipertensi, penyebabnya tidak diketahui dan keadaan ini dikenal sebagai hipertensi esensial atau hipertensi primer. Hipertensi esensial kemungkinan memiliki banyak penyebab; beberapa perubahan pada jantung dan pembuluh darah kemungkinan bersama-sama menyebabkan meningkatnya tekanan darah.

Penyebab hipertensi lainnya yang jarang berlaku adalah feokromositoma, iaitu tumor pada kelenjar adrenal yang menghasilkan hormon epinefrin (adrenalin) atau norepinefrin(noradrenalin).

Kegemukan (Obesiti), gaya hidup yang tidak aktif (kurang senaman), stres, ketagihan alkohol atau terlebih garam dalam makanan adalah antara penyumbang terjadinya hipertensi. Stres juga cenderung menyebabkan kenaikan tekanan darah untuk sementara waktu, jika stres telah berlalu, maka tekanan darah biasanya akan kembali normal.

 

Petua rawat darah tinggi

Post entry kali ni adalah satu usaha alternatif bagi pengidap darah tinggi… boleh la pilih salah satu dari petua ini… Semoga usaha yang dibuat dapat berhasil dan menambahkan tahap kesihatan pada diri.

Petua 1
Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan reda.

Petua 2
Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minumlah pada waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buatlah selama seminggu berturut-turut.

Petua 3
Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minumlah 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. InsyaAllah badan anda akan lebih segar.

Petua 4
Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. InsyaAllah penyakit darah tinggi akan turun.

Petua 5
Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dam ambil airnya dibuat minum.

Petua 6
Ambil air kelapa muda segelas, dibubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *