Alternatif cegah serangan jantung

Share

SETIAP tahun, jumlah kemasukan pesakit ke hospital akibat pelbagai komplikasi jantung melebihi 100,000 kes manakala hampir 12,000 kematian direkodkan akibat serangan jantung. Majoritinya berusia 60 tahun ke atas.

Namun kini, lebih ramai lelaki muda yang berusia kurang 40 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung dan setiap tahun, 500 kematian direkodkan.

Fakta ini merupakan sesuatu yang membimbangkan dan perlu diatasi. Ini kerana semakin hari semakin ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit berkaitan kardiovaskular terutamanya serangan jantung.

Menurut Pakar Kardiologi dari Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Dr. David Quek, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dunia yang dianggarkan meragut 17.5 juta nyawa setiap tahun.

“Tidak kira siapa anda, sama ada muda, tua, orang kaya atau orang miskin, pemimpin negara dan sebagainya, seseorang itu tetap mempunyai risiko menghidap serangan jantung yang disebabkan oleh pelbagai faktor terutamanya pemakanan dan tabiat negatif seperti merokok.

“Serangan jantung merupakan kerosakan pada otot jantung akibat terputusnya bekalan darah arteri koronari secara tiba-tiba. Kejadian ini berlaku apabila salah satu arteri tersebut tersumbat disebabkan gumpalan darah.

“Gumpalan darah ini pula terjadi akibat pecahnya plak ateroma dalam salur darah arteri koronari itu. Sekiranya, gumpalan darah ini tidak dihilangkan dengan segera maka otot jantung akan mati dan seterusnya mengakibatkan kematian kepada penghidapnya,” kata Dr. Quek.

Share

3 thoughts on “Alternatif cegah serangan jantung

  1. Salam,

    saya pernah mendapat serangan jantung dan dimasukan ke CCU sebanyak 3 kali. Alhamdulilah saya telah berjumpa dengan kawan saya yang sama dimasukan ke wad akibat serangan jantung, semasa berbual-bual dia telah mengsyorkan kepada saya supaya meminum air rebusan Kurma cina dan Cendawan cina dicampur dengan halia, ketika saya sampai d kedai ubat cina, saya bertanyakan mengenai herba diatas lalu sengse tersebut bertanyakan pada saya samaada saya ada penyakit jantung, saya jawap ya, dia memberi tahu kepada saya bahawa orang cina selalu mengamalkan dengan meminum air rebusan tersebut untuk mencucu dan mengeluarkan lemak serta kolesterol, Alhamdulilah dengan izin Allah sekarang jantung saya bertambah sihat, ketika dulu % debgupan jantung saya 40% sahaja ketika dimasukan ke wad sekarang dah hampir 70% ketika saya membuat pemeriksaan dengan pakar jantung Hospital Sultananh Bahiyah Alor Setar. Saya syorkan bertanyakan cara-cara untuk merebus herba diatas kepada tokey kedai ubat cina tersebut. Yakinlah ini hanyalah ikhtiar sahaja Allah s.w.t lah segala-galanya InsyaAllah berdoalah seyakin-yakinnya mengharap pertolongan Allah, insyaAllah, semuga Allah memberi kesembuhan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *