Khasiat susu kambing yang perlu anda tahu

Share

Sebagai susu yang terbaik selepas susu ibu, susu kambing mempunyai pelbagai khasiat. Antara khasiat susu kambing ialah:

Susu Kambing Mudah Hadam
Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.

Alahan Laktosa
Sifat susu kambing yang mudah hadam membolehkan laktosa melalui usus dengan mudah. Susus kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.

Susu Kambing Bersifat Alkali
Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.

Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.

Susu Kambing Mengandungi Acid Lemak Yang Baik
Susu kambing mengandungi asid lemak baik (asid capric & caprylic) yg mencegah kesan jangkitan kulat. Asid ini juga membantu sistem pertahanan badan dan meningkatkan tenaga manusia.

Susu Kambing Tidak Membentuk Lendir
Susu kambing tidak membentuk lender sebagaimana susu lembu dan tiada menimbulkan alahan kepada manusia.

Susu Kambing Kaya Dengan Mineral Selenium
Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.

Susu Kambing Kaya Bahan Bioorganic Sodium
Susu kambing didapati mengandungi Kandungan Bioorganic Sodium yang tinggi. Bioorganic Sodium dikenali dalam rawatan naturopathic sebagai elemen anti penuaan. Bioorganic Sodiem didapati mengurangkan masalah Rheumatoid Arthritis (inflamasi sendi).

Di atas adalah sebahagian khasiat susu kambing yang menjadikannya minuman yang sesuai untuk dijadikan sebagai amalan harian.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *