Pesakit buah pinggang meningkat

Share

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seramai 15,000 pesakit buah pinggang menjalani rawatan dialisis di seluruh negara tahun lepas dan jumlah itu dijangka meningkat kepada 20,000 pada tahun 2010, kata Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Ghazali Ahmad.

“Sehingga kini, sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup,” katanya pada sidang akhbar selepas Pengarah HKL, Datuk Dr. Zaininah Mohd. Zain merasmikan Hari Ginjal Sedunia di sini hari ini.

Dr. Ghazali berkata, kebanyakan kes kegagalan ginjal berpunca daripada penyakit diabetes.

Beliau menasihati orang ramai supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan berkhasiat bagi mengelak terkena penyakit diabetes, gout atau tekanan darah tinggi yang berkait rapat dengan penyakit buah pinggang .

Sementara itu, Dr. Zaininah dalam ucapan perasmiannya berkata, langkah-langkah perlu diambil bukan saja merawat pesakit ginjal tetapi juga melambatkan proses kerosakan buah pinggang untuk menangguhkan rawatan dialisis dan mengelakkan penyakit buah pinggang serta mencegah penyakit yang meningkatkan risiko penyakit buah pinggang .

Hari Ginjal Sedunia anjuran Jabatan Nefrologi HKL dengan kerjasama Jabatan Dietetik Dan Sajian HKL ini diadakan setiap tahun bertujuan meningkatkan kefahaman awam serta kakitangan perkhidmatan kesihatan dalam aspek-aspek pencegahan, pengesanan dan rawatan penyakit buah pinggang.

– Bernama

Testimoni Susu IggPlus – Penyakit Buah Pinggang

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=Vnpy2pg0NLg&feature=related]

Ingin mendapatkan Susu IggPlus ? Klik sini

Share

2 thoughts on “Pesakit buah pinggang meningkat

  1. Pingback: Diabetes » Blog Archive » Pesakit buah pinggang meningkat
  2. “sebanyak 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup”

    Thanks. Fakta yang menarik saya dapat blog anda..

    Pendapat saya:
    1. Kencing manis berpunca dari kandungan gula tinggi dalam darah.
    2. Sebut darah je, maknanya darah mengalir dan menghantar nutrisi keseluruh organ dalam badan.
    3. Keadaan ini menyebabkan organ yang menerima darah berkandungan gula tinggi boleh menyebabkan organ tersebut terganggu atau rosak.

    * Saya ada menjual produk kesihatan untuk penyakit kencing manis peringkat awal atau kritikal. Perubatan secara semulajadi iaitu penggunaan herba. Maklumat lanjut layari http://www.herbaltea2u.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *