Petua resdung

Share

Sumber : http://www.petua.org

Petua resdung 1
Petua Resdung antara yang paling mudah serta berkesan adalah dengan menjadikan amalan untuk menyedut air ke dalam hidung (seperti dilakukan sebelum ber wuduk). Selepas itu picit sebelah hidung dan hembus sekuat hati. Buat secara berulang kali hingga selesai untuk kedua-duanya. Lepas itu basuh muka hingga bersih. Petua resdung ini perlu dilakukan setiap kali sampai ke satu-satu destinasi, sama ada ke pejabat,bersantai, beriadah ataupun pulang ke rumah malahan ke mana saja.

Petua penyakit resdung 2
Sebilangan orang baik lelaki ataupun wanita ada yang menghadapi masalah apabila bangun dari tidur pada waktu pagi mereka selalu mengalami bersin yang agak sukar untuk diberhentikan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah bersin tidak berlaku sekali dua sahaja, tetapi beberapa kali sehingga boleh menimbulkan masalah pada mereka. Bagi menyelesaikan masalah ini adalah terlalu mudah iaitu memasukkan air dingin (sejuk) kedalam hidung. Selepas itu tumpahkan keluar semula. Cuba ulang untuk beberapa kali insyaallah bersin anda akan hilang.

Petua resdung 3
Ambil isi terung kemal serta amalkan memakan ataupun ambil daun kacang kayu dan selepas itu jemur hingga kering dan di buat hisap seperti rokok. Selain itu boleh juga sentiasa mengamalkan mencium bunga daun bawang merah.

Petua penyakit resdung 4
Cuba hiris 3 biji bawang merah. Kemudian ambil pula 2 helai daun sirih serta secubit biji sawi. Masukkan bahan-bahan tersebut ke dalam bekas bersama dengan air mendidih. Selepas itu wapkan ke muka anda. Amalkan petua resdung ini selalu.

Petua resdung 5
Resdung di muka – Wapkan wajah anda dengan air rebusan jintan hitam.

Petua resdung 6
Akar kepada bunga melur juga boleh dijadikan sebagai ubat resdung . Cabut pokok bunga ini dan keringkanlah akarnya. Selepas tu bakar dan hidu akarnya, untuk pesakit resdung biasanya akan merasa pedas pada hidung semasa menghidu akar pokok ni. Mata akan rasa pedih dalam masa sama. Amal beberapa kali dan biasanya boleh melihat kesannya lepas tu. Selain akar melur, pokok bunga raya juga mempunyai khasiat yang sama.

>> penawar resdung <<

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *