Rawatan resdung cara tuju, aura

Share

Rawatan resdung terdapat pelbagai jenis. Para penghidap penyakit resdung perlu berusaha untuk mencari rawatan resdung sesuai samada rawatan resdung secara moden atau rawatan resdung tradisional .

Rawatan resdung cara tuju, aura
Oleh Suzan Ahmad
suzan@bharian.com.my
2010/03/28

Petikan diambil dari: http://www.bharian.com.my /bharian/ articles/ Rawatanresdungcaratuju_aura/ Article/index

SINUSITIS atau lebih dikenali sebagai penyakit resdung di kalangan masyarakat Melayu adalah sejenis alahan yang dialami oleh hampir semua individu. Apa yang membezakannya ialah tahap serius atau tidak alahan berkenaan.

Sinus adalah rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran sangat kecil. Ia terletak pada bahagian muka iaitu di antara dua mata, pipi di bawah mata, sedikit di bahagian hidung dan dahi.

Pengamal perubatan alternatif, Mohd Bazri Che Harun, berkata sinus terbahagi empat iaitu sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.

“Bagi mengenal pasti individu yang mengalami resdung, antara tandanya ialah bersin setiap kali bangun pagi tidak kurang lima kali, menghabiskan waktu lama di bilik air kerana melayan kerenah hidung, badan tidak bermaya, rasa seperti demam, sakit kepala dan berat di bahagian muka,” katanya yang mengubati pesakit menggunakan teknik mengeluarkan lendir dari hidung pesakit.

“Selain simptom di atas, pesakit juga mengalami gatal hidung, berair hidung, nafas berbau, jerawat, pening kepala, alahan makanan laut, kelemumur, rambut gugur, gatal muka, menanah dan telinga berair,” katanya.

Info : Simptom sinusitis

Rasa sakit di sekitar pipi dan bahagian atas gigi yang biasanya disebabkan jangkitan pada maxillary sinus.
Sakit di bahagian dahi, di atas kening yang berkemungkinan disebabkan jangkitan dan keradangan di bahagian frontal sinus.
Sakit di bahagian belakang mata, di atas kepala yang disebabkan jangkitan pada bahagian sphenoid sinus.
Sakit di sekitar atau belakang mata disebabkan jangkitan pada bahagian ethmoid sinus.
Rasa sakit dan tekanan pada bahagian muka, diikuti dengan keadaan hidung yang sentiasa berair adalah simptom paling utama bagi penyakit sinusitis.
Pening kepala.
Hidung tersumbat.
Banyak lendir dalam hidung dan tekak yang berwarna kuning pekat atau kehijauan.
Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang.
Demam atau rasa tidak sedap badan.
Berlaku gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Kurang deria rasa atau bau.
Kelesuan.

>> rawatan resdung tradisional <<

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *