Sakit JANTUNG satu pengenalan ringkas

Share

Post kali ini akan memberikan pengenalan ringkas mengenai apa itu sakit jantung . Sebelum itu, sedikit maklumat mengenai jantung dan fungsinya.

Jantung manusia adalah terdiri dari serabut-serabut otot khusus yang berfungsi untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi, seseorang itu boleh dikatakan mengidap penyakit jantung. Di antara penyebab yang menyebabkan berlakunya masalah bekalan darah ke otot jantung yang tidak mencukupi, adalah disebabkan saluran darah yang menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah yang dipenuhi lemak, terutamanya “kolesterol”.

Serangan jantung adalah digambarkan sebagai rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada yang berterusan hingga setengah jam, yang menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit biasanya akan menghadapi kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut keterlaluan. Sebab sebenar yang menyebabkan rasa kesakitan ini adalah kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah dibahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut.

Jika saluran darah tertutup secara sepenuhnya, sebahagian daripada otot jantung akan menjadi rosak. Selepas itu, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan ” serangan jantung “. Jika ini berlaku, dapatkan rawatan sakit jantung dengan segera.

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *