Teknologi stemcell untuk kesihatan menyeluruh 2014

Share

double stemcell

Datin Paduka Umi Aida – Duta Produk 

Tekonologi STEM CELL atau dalam bahasa malaysia,  “SEL INDUK” adalah salah satu lagi teknologi kesihatan yang terkini yang telah terbukti mampu membantu kita ke arah kesihatan yang lebih ampuh. “STEM CELL” terdapat pada benda-benda hidup seperti manusia, haiwan dan tumbuhan. Jika pada manusia, “STEM CELL” banyak terdapat pada URI & TALI PUSAT bayi yang baru lahir.

double stemcell testimoni

———————————————————

Apa itu Sel Stem, dan mengapa ianya penting?

———————————————————

Sel Stem mempunyai potensi yang luar biasa untuk berkembang menjadi pelbagai jenis sel yang berbeza dalam tubuh pada awal kehidupan dan pertumbuhannya. Sel Stem boleh di anggap sebagai sistem pembaikan dalaman, membahagi tanpa batas untuk mengisi sel-sel yang rosak selama seseorang itu masih hidup. Ketika sebuah Sel Stem berbahagi, setiap sel baru mempunyai potensi untuk menjadi stem cell atau menjadi sel jenis lain dengan fungsi yang lebih khusus, seperti sel otot, sel darah merah, sel otak, sel jantung dan lain-lain.

————————————————————————————————-
Bagaimanakah pertambahan jumlah sel stem yang beredar di dalam badan boleh mendorong kepada kesihatan yang optimum?
————————————————————————————————-

Sel stem yang beredar boleh sampai kepada pelbagai organ dan menjadi sel kepada organ tersebut, membantu organ tersebut untuk mendapatkan semula dan mengekalkan kesihatan yang optimum.

Kajian baru-baru ini telah mencadangkan bahawa jumlah sel stem yang beredar di dalam badan adalah kunci utama; semakin banyak jumlah sel stem yang beredar, semakin bagus keupayaan diri untuk memulihkan dirinya sendiri.

—————————————————-
Mengapa sel stem penting untuk kesihatan?
—————————————————-
Apabila kita tercedera atau sakit, sel-sel dalam badan kita turut tercedera malah mungkin mati. Pada masa ini, sel-sel stem akan diaktifkan. Sel-sel stem berfungsi untuk memperbaiki tisu badan yang rosak dan menggantikan sel-sel yang mati. Dengan berbuat demikian, sel-sel stem menyihatkan badan kita dan mencegah penuaan awal. Sel-sel stem boleh diibaratkan sebagai pasukan perubatan mikro dalam badan kita demi mencapai fungsi-fungsi terapi semula jadi, anti penuaan dan kecantikan.

——————————————
Berapa kerapkah tisu diperbaharui?
——————————————

double stemcell

Sel-sel tubuh sentiasa ditukar ganti, bermaksud sel-sel akan mati dan digantikan dengan sel-sel yang baru bagi menjana pembaharuan tisu. Sebagai contoh: Pembaharuan sepenuhnya tisu-tisu anda berlaku mengikut tempoh masa yang tertentu:

Lapisan usus – setiap 5 hari
Sel darah merah – setiap 90 hari
Sel darah merah – setiap 90 hari
Hati – setiap 3 tahun
Paru-paru – setiap 4-5 tahun
Jantung – setiap 20-25 tahun

——————————————-

Perkembangan Teknologi Stemcell

——————————————-

Pada zaman sekarang, bagi golongan yang mampu, “STEM CELL” anak mereka akan disimpan di “STEM CELL BANK”. Sebenarnya “STEM CELL” itu boleh digunakan kembali jika bayi tadi mengidapi penyakit kronik. Tetapi kos penyimpanan amat mahal sehingga mencecah RM20,000 – RM100,000.

Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah BUAH EPAL.

——————————————————-

Produk PHYTO SCIENCE DOUBLE stemcell™

——————————————————-

Salah satu produk stem cell yang ada dipasaran ialah PHYTO SCIENCE DOUBLE stemcell™ merupakan kombinasi sel-sel tumbuhan daripada teknologi Swiss – PhytoCellTec™ MalusDomestica (sel stem Epal)dan PhytoCellTec™ Solar Vitis (sel stem anggur) diperkayakan dengan Acai Berry dan Blueberry untuk memelihara kulit anda dari dalam dan memberi hasil yang signifikan.

Double Stemcell membekalkan nutrient bagi membantu merangsang pertumbuhan dan pengantian sel sel baru serta pembaikan sel lama ( yang telah rosak/cedera ) dalam darah, organ, kulit dan seluruh anggota badan. Dengan pengambilan teratur setiap hari akan membantu mencegah, merawat serta memperbetulkan masalah/penyakit, seterusnya meningkatkan tahap kesihatan badan. Manfaatnya akan terserlah pada kulit, wajah dan bentuk badan seseorang. Badan akan sentiasa cergas dan penuh bertenaga untuk menjalani kehidupan harian. Sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina.

KANDUNGAN DOUBLE STEM CELL :

1. Stem Cell Epal – Tinggi antioksidan, mempercepatkan dan melindungi pertumbuhan sel2 baru, pemulihan luka.

2. Stem Cell Anggur – Agen anti-penuaan, menguatkan perlindungan dari UV, meningkatkan kekuatan sel kulit

3. Ekstrak Acaiberry – Meningkatkan metabolisma, mengurangkan berat badan, memperbaiki aliran darah, menguatkan jantung, membekalkan tenaga, kaya Vitamin A, B1 & E

4. Ekstrak Blueberry – kaya Vitamin A, C, E, K, tinggi kandungan antioksidan, menyingkirkan toksin & radikal bebas, mengurangkan lemak & kolestrol, meningkatkan sistem imunisasi badan serta membekalkan tenaga

 

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *