Testimoni Ruam Lampin

Share

Assalamualaikum,

Saya mempunyai anak perempuan berusia 1 tahun 3 bulan. Sebelum ini
anak saya mengalami ruam di bahagian punggungnya. Pada mulanya saya
sangka kan mungkin sesetengah pampers tidak sesuai untuknya. Saya
pun menukar ke pelbagai jenama dari murah hingga le yg mahal. Malah
ruamnya bertambah teruk (merah) dan merebak di celah kelangkangnya.
Pedih saya melihatnya.

Telah beberapa kali saya ke klinik pakar kanak-kanak bagi menangani
masalah ini, hinggalah ke satu tahap bukan lagi ruam tapi kulat atau
fungus telah dijangkiti. Doktor menasihati saya agar di rumah
membiarkan anak saya memakai seluar shj tanpa pampers ataupun
memakai napkin yg di tukar setiap kali basah agar pengeluaran udara
boleh berfungsi dengan baik dan jika di jangkitan ruam ini, doktor
menasihati agar tidak menggunakan bedak “powder” atau tepung ubi di
sapu di bahagian tersebut.

Kulat akan lebih mudah merebak.Penggunaan cream yg di berikan oleh
klinik juga tidak berapa berkesan. Sekejap hilang sekejap muncul
balik ruam tersebut. Hinggalah satu ketika saya mendapat email dari
saudara Mohd Johari berkenaan produk Biovco 4 bulan lepas.

Saya terus mencubanya dimana setiap kali saya menukar pampers anak
saya, akan saya sapukan minyak Biovco ini di bahagian ruam nya itu.
Alhamdullilah keberkesanannya dapat di lihat dalam masa 1 minggu
shj. Ruam dan kesan bintik-bintik kemerahan hilang sedikit demi
sedikit tanpa meninggalkan parut. Malah hingga kini setelah
mengenali produk Biocvo dan dengan keizinan Allah juga, anak saya
tidak lagi di jangkiti ruam, walaupun saya hanya menggunakan produk
Biovco selama 2 minggu sahaja.

Terima kasih,

Suhaiza Shahrani,
Prai P. Pinang

Share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *