Tips mudah hamil yang asas part 1

Share

Anda ingin tips mudah hamil ? Berikut ada beberapa tips yang mungkin boleh serba sedikit membantu anda untuk mudah hamil. Sebenarnya tips mudah hamil diberi di bawah adalah asas, sebelum anda membuat keputusan untuk berjumpa pakar.

Bila bercakap mengenai tips mudah hamil, ada juga pasangan yang inginkan tips cara cepat hamil dalam bentuk yang lebih khusus iaitu, bila waktu terbaik untuk melakukan hubungan seks, kekerapan dilakukan, posisi dan cara serta kaedah terbaik semasa melakukan hubungan seks untuk meningkatkan kemungkinan hamil.

Beberapa Tips mudah Hamil

1. Waktu Terbaik melakukan Hubungan Seksual:-

Sangat penting untuk pasangan yang ingin  mudah hamil mengetahui  mengenai masa sesuai untuk melakukan hubungan seks ataupun biasanya difahami sebagai waktu wanita subur (masa ovulasi atau pengeluaran telur).  Untuk mudah hamil, dapatkan ovulation kit di farmasi2 berdekatan. Ovulation kit dapat membantu mudah hamil  dengan membantu anda menentukan bilakah masa subur anda. Ini kerana telur matang hanya hidup 24 jam manakala sperma boleh hidup 48 hingga 72 jam di dalam tubuh wanita. Maka, untuk mudah hamil hubungan seks perlu dilakukan sebelum  waktu ovulasi yang merupakan lebih baik berbanding selepas ovulasi.

2. Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual:-

Kekerapan adalah bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri.  Sebenarnya untuk mudah hamil, tiada angka atau fakta tepat yang dapat memastikan berapa kekerapan hubungan seks perlu dilakukan untuk mudah hamil. Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga memerlukan waktu yang lebih lama. Apapun yang paling penting untuk mudah hamil adalah kekerapan melakukan hubungan sewaktu ” waktu subur”. Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada.

 

Share

One thought on “Tips mudah hamil yang asas part 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *