Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Tips mudah hamil

with 2 comments

Share

Sebelum membuat apa-apa tindakan dan usaha sebagai cara untuk mudah hamil, perkara yang perlu dibuat ialah mengetahui serta faham mengenai ta’rif dan konsep asas kehamilan itu sendiri. Oleh itu, apakah dia konsep-konsep asas yang perlu diketahui mengenai proses kehamilan dalam usaha mencari cara mudah hamil ?

1. Wanita mengeluarkan telur dari salah satu ovarinya (proses yang dipanggil proses ovulasi )
2. Telur melalui saluran fallopian dan terus menuju ke uterus ( rahim )
3. Benih lelaki (sperma) perlu bergabung dengan telur di dalam perjalanan untuk menuju ke rahim
4. Telur yang disenyawakan perlu melekat pada dinding rahim
5. Sebarang masalah yang menggangu salah satu langkah telah dinyatakan tadi dianggap penyebab ketidaksuburan yang menggagalkan usaha untuk mudah hamil .

Fakta penting
1. Lebih kurang 1/3 kes ketidaksuburan adalah berkaitan wanita.
2. 1/3 disebabkan oleh lelaki
3. 1/3 lagi faktor ketidak suburan merupakan campuran faktor – faktor lain yang dikenalpasti.

Penyebab utama kepada masalah susah hamil atau ketidaksuburan:
1. Masalah ovulasi adalah merupakan antara penyebab kepada ketidaksuburan wanita disebabkan tiada telur yang akan disenyawakan
2. Tanda – tanda wanita yang memepunyai masalah tidak berovulasi secara normal adalah termasuk haid yang tidak tetap atau tidak datang haid
3. Masalah saluran falopio yang terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
4. Masalah dengan rahim seperti masalah fibroid atau cyst

Penyebab2 lain ketidaksuburan atau masalah untuk hamil ;
1. Umur
2. Stress
3. Pemakanan seharian yang tidak elok
4. Latihan olahraga/sukan yang melampau
5. Terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
6. Merokok
7. Ketagihan alkohol
8. Penyakit kelamin
9. Masalah kesihatan yang disebabkan hormon

Tips mudah hamil :
1. Elakkan minum ais atau makan ubi kayu pada masa kedatangan haid disebabkan angin boleh memudaratkan
2. Jika mengikuti apa2 program untuk mudah hamil yang dicadangkan pakar, cuba ikuti segala pantang larang yang diarahkan. Jika dibuat tanpa disiplin, ini akan mengakibatkan program untuk mudah hamil yang disertai langsung tak berkesan,malah mungkin tubuh badan akan merasai kesan ’side effect’ daripadanya
4. Niat dan fokus untuk hamil, fikir secara positif, cuba elakkan stress sekurang-kurangnya sepanjang program mudah hamil
5. Elakkan makanan yg tajam seperti nenas, rebung, tapai, ubi kayu, tembikai, air kelapa dan tebu.

Share

2 Responses to 'Tips mudah hamil'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Tips mudah hamil'.

  1. [...] ingin tips mudah hamil ? Berikut ada beberapa tips yang mungkin boleh serba sedikit membantu anda untuk mudah hamil. [...]

  2. [...] bawah adalah 3 mitos cara untuk hamil cepat . Sebenarnya mitos-mitos cara untuk hamil cepat ada yang betul dan ada juga yang tak betul. Oleh [...]

Leave a Reply