Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Mengapa berlakunya buasir

with 5 comments

Share

Antara beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang boleh mendapat masalah buasir

  • Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

  • Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

  • Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

  • Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Sumber: www.anispharmacy.com

>> herba penawar buasir hpa klik sini

Share

5 Responses to 'Mengapa berlakunya buasir'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Mengapa berlakunya buasir'.

  1. [...] dua jenis buasir : Dalaman dan [...]

  2. [...] merujuk kepada penyakit masalah sembelit yang serius. Sembelit terjadi mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan [...]

  3. [...] atau lebih sinonim sebagai buasir di kalangan masyarakat tempatan merupakan keadaan bengkak dan inflamasi di pembuluh darah serta [...]

  4. [...] paling lazim jika mengalami penyakit buasir [...]

  5. [...] doktor segera jika mengalami tanda buasir (darah dalam najis,sakit atau gangguan pada [...]

Leave a Reply