Tips Kesihatan & Maklumat Penyakit

Sumber maklumat kesihatan dan penyakit – penyakit utama

Penyakit Buasir – Perlu Rawatan Awal

with 3 comments

Share

 

Penyakit buasir atau hemoroid adalah penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Penyakit ini dapat dikesan apabila saluran dubur membengkak. Ianya boleh berlaku sama ada di dalam dubur atau di kawasan luar. Biasanya pesakit akan berasa sakit kesan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit.

Bengkak itu terjadi disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka apabila najis keras bergesel dengan buasir .

ubat buasir

Maklumat lanjut herba buasir HPA klik link di bawah

>> klik di sini <<

 

Terdapat empat peringkat atau darjah yang menggambarkan keseriusan penyakit buasir tersebut :

Tahap 1
Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2:
Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan kembali ke dalam (saluran dubur ).

Tahap 3:
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal.

Tahap 4:
Darah pekat keluar, menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur.

Faktor atau penyebab penyakit buasir ialah :
· Regangan yang melampau semasa pergerakan usus atau ketika sembelit.
· Cirit-birit yang kronik.
· Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian.
· Mengandung atau bersalin.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

· Rasa sakit yang berdenyut-denyut.
· Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.
· Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur.
· Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
· Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.

Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Mereka yang mengalami symptom-simptom berkenaan perlu berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut. Satu per tiga daripada pesakit mampu mengatasi rasa sakit dan juga pendarahan setelah mendapatkan rawatan. Sehingga kini pesakit diberi pilihan rawatan yang sesuai oleh doktor setelah pemeriksaan dilakukan ke atas pesakit. Rawatan yang diberi berdasarkan tahap penyakit buasir yang dihidapi.Biasanya pesakit lambat berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut kerana adanya khabar angin mengatakan rawatannya agak menyakitkan. Pada hari ini, terdapat teknik rawatan yang baru, misalnya Procedure for Prolapsed Haemorrhoids (PPH).

PPH adalah teknik pembedahan yang mamppu mengurangkan kesakitan kerana prosedur rawatannya dilakukan pada kawasan berkenaan dan tidak mengambil masa yang lama, hanya beberapa minit sahaja.

Pesakit yang menerima rawatan PPH mempunyai beberapa kelebihan seperti :

· Kurang rasa sakit dan gatal-gatal.
· Tempoh berada di hospital yang singkat.
· Pesakit boleh kembali melakukan aktiviti harian secara normal selepas beberapa hari menerima rawatan PPH.
· Kos rawatan juga lebih rendah malah pesakit tidak perlu mengambil pil penahan sakit seperti mana rawatan konvensional.

Sumber maklumat : Wanita, September 2005

Maklumat lanjut herba buasir HPA

>> klik sini <<

Share

3 Responses to 'Penyakit Buasir – Perlu Rawatan Awal'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Penyakit Buasir – Perlu Rawatan Awal'.

  1. [...] pada permulaan saya menjual mengikut harga saya. Ada seorang kawan saya nie kebetulan terkena sakit buasir baru sakit. Buang air besar [...]

  2. [...] berkaitan :Makanan kaya serat atasi masalah buasirBuasir : Testimoni 1Penyakit Buasir – Perlu Rawatan AwalAmalan Seharian untuk elak buasirTidak semua buasir [...]

  3. [...] kelamaan ia akan membentuk benjolan pada dubur yang dipanggil buasir . Buasir juga ada kaitan rapat dengan sembelit, jangkitan kuman pada dubur, masalah berlebihan [...]

Leave a Reply